Invoke rugi, tapi saham Rafizi bertambah, bagaimana? Soal Latiff

November 7, 2022 · Politik

Nilai aset Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli – pemimpin yang kononnya sentiasa bercakap berkaitan ketelusan dan amanah – yang mencecah sehingga RM18.85 juta terus menjadi pertikaian, apabila wujud kenyataan dan bukti mengelirukan.

Terbaharu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Abdul Latiff Ahmad mempersoalkan bagaimana calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pandan itu mempunyai pelaburan saham dalam Invoke Sdn Bhd (Invoke) walaupun syarikat itu mengalami kerugian.

Menurut Abdul Latiff walaupun syarikat itu mengalami kerugian RM4.7 juta pada Disember lalu, dalam perisytiharan dikeluarkan Rafizi menunjukkan sehingga 31 Oktober lalu nilai sahamnya melonjak kepada RM17 juta.

“Demi ketelusan, yang sering disebut oleh Rafizi, rakyat berhak mengetahui apakah yang menyebabkan kenaikan nilai yang begitu mendadak? Adakah Rafizi bersedia mendedahkan dengan segera kontrak atau sumber pendapatan yang didapati oleh Invoke dalam 2022 sehingga membawa kepada kenaikan nilai yang begitu besar.

“Saya menyeru Rafizi menerbitkan senarai penuh butiran berkenaan secara jujur dan telus,” katanya dalam kenyataan hari ini menurut BH.

Pada 2 November lalu, Rafizi tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Beliau berkata perisytiharan harta itu dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk berbuat demikian.

Kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke, syarikat tinjauan awam yang diasaskannya iaitu sebanyak RM16.74 juta.

Selain itu, jumlah yang dinyatakan itu turut merangkumi pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insurans di Prudential.

Aset lain yang diisytihar termasuk, tunai dan simpanan RM1.17 juta; dua hartanah di Bukit Antarabangsa, Selangor, RM1.6 juta; Kereta Peugeot 3008 dan Honda Accord, RM110,00 dan pendapatan bulanan sebanyak RM23,500.

Susulan itu, bekas pemimpin PKR Datuk Mohd Rashid Hasnon mempersoal pegangan Rafizi dalam syarikat tinjauan awam itu, sambil membangkitkan beberapa persoalan.

“Invoke ditubuhkan oleh Rafizi kononnya untuk kepentingan awam. Invoke telah merayu dan menerima sokongan orang ramai melalui beberapa cara kutipan dana.

“Adakah Rafizi bersetuju Invoke menerima sokongan awam termasuk melalui beberapa cara kutipan dana walaupun beliau telah memasukkan wang beliau sendiri?

“Adakah Rafizi bersetuju bahawa saham Invoke yang kini bernilai berjuta-juta ringgit adalah sebab sokongan orang ramai dan publisiti terhadapnya untuk mendapatkan pilihan raya yang adil,” soalnya.

Sementara itu, mengulas lanjut Abdul Latiff berkata pada 2017 Rafizi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saham dalam Invoke akan diagihkan kepada kakitangan Invoke yang berkorban selama ini bagi menjawab persoalan Rizal Mansor sama duit yang diperoleh itu dimasukkan dalam poket beliau sendiri.

“Bagaimanapun, selepas meneliti carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terbaharu, saya mendapati hanya 14 pemegang saham dalam syarikat berkenaan.

“Rafizi memegang sebanyak 73 peratus atau ‘lion share’ daripada jumlah keseluruhan saham syarikat berkenaan dan pemegang kedua terbesar adalah taikun perniagaan dikenali sebagai Lee Choo Boo yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Itramas Corporation dan ketiga adalah Ahli Parlimen PKR, Wong Chen.

“Lain pemegang saham adalah Ahli Parlimen PKR, Akmal Nasrullah dan Onn Abu Bakar. Selain daripada itu adalah daripada syarikat kejuruteraan dan seorang warga asing bernama Hassan Mia Sonday,” katanya.

Berikutan itu, Abdul Latiff berkata dengan nama pemegang saham yang dinyatakan itu beliau mempersoalkan Rafizi di mana janji yang dibuat lima tahun lalu bagi mengagihkan saham berkenaan kepada kakitangan syarikat terbabit.

“Perlu diingatkan bahawa pada 2017 juga, beliau menyatakan terdapat hampir 80 kakitangan di dalam Invoke, adakah Rafizi tidak mahu berkongsi kekayaan berjuta itu melalui saham Invoke dengan rakyat marhaen yang ‘berkorban’ untuk beliau menjayakan Invoke,” katanya.

Abdul Latiff berkata, berikutan itu beliau mahu Rafizi menjawab jika kekayaan berjumlah RM17 juta yang diperolehi melalui Invoke akan digunakan untuk manfaat rakyat biasa, memandangkan sokongan termasuk dana diberikan oleh rakyat biasa inilah yang menyokong untuk pilihan raya yang adil.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
29 minit lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
20 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
14 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok