Integriti antara sebab Bersatu tolak Ahmad Maslan jadi Timbalan Speaker

September 20, 2021 · Politik

Keraguan terhadap integritinya antara punca pencalonan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bagi mengisi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, ditolak.

Ketua Penerangan Bersatu Johor, Solihan Badri berkata penolakan Bersatu negeri itu terhadap pencalonan Ahli Parlimen (MP) Pontian berkenaan dibuat kerana mempertahankan prinsip parti yang tidak mendukung pemimpin yang integritinya diragui.

Solihan yang juga Ahli Exco Keranaan Negeri berkata Bersatu bagaimanapun memberi peluang kepada UMNO untuk memilih semula seorang calon lain.

“UMNO perlu memilih semula seorang calon yang tidak berdepan kes pendakwaan di mahkamah dan terbukti integritinya.

“Dalam konteks calon Timbalan Speaker, kami sependapat dengan Bersatu pusat bahawa kita tidak bersetuju menyokong mereka yang masih terlibat dalam perbicaraan kes-kes mahkamah menjadi calon menteri, timbalan menteri atau pun timbalan speaker.

“Ia sejajar dengan kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Bersatu mesti mencari pemimpin yang berintegriti, amanah dan bebas rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, UMNO mengesahkan Ahmad merupakan satu-satunya calon daripada blok kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

Blok pembangkang pula mencalonkan MP Teluk Intan yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming untuk mewakili Pakatan Harapan (PH).

Agenda Daily sebelum ini melaporkan pencalonan Ahmad sebagai Timbalan Speaker turut tidak mendapat sokongan beberapa MP UMNO bukan ‘kluster mahkamah’ yang terdiri daripada 15 orang yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Baki MP UMNO yang tidak bersama dalam kem Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan kesetiaan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum menukar sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri baharu.

Sumber Agenda Daily memberitahu, keputusan mencalonkan MP Pontian tersebut diputuskan oleh Zahid yang cuba melanggar syarat diletakkan Muhyiddin tidak akan menerima pemimpin daripada ‘kluster mahkamah’.

“Zahid cuba uji Muhyiddin yang berpendirian menolak ‘kluster mahkamah’, nampaknya ia memakan diri dan bakal mengundang padah sekiranya Ahmad Maslan kalah dalam pengundian nanti.

“Bukan sahaja MP Bersatu tidak menyokong, beberapa MP UMNO yang tidak sebulu dengan Zahid kerana dianggap sebagai punca kejatuhan kerajaan PN sebelum ini juga menolak pencalonan tersebut,” kata sumber dalaman parti.

Untuk rekod, satu daripada dua jawatan Timbalan Speaker kosong selepas peletakan jawatan yang disandang Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, tindakan tersebut dilakukan bagi memberi ruang kepada kerajaan dan pembangkang untuk menetapkan kembali fungsi Parlimen.

Tetapi, pencalonan Ahmad sebagai Timbalan Speaker menimbulkan kontroversi memandangkan beliau adalah wakil rakyat dari UMNO.

Ahmad sudah didakwa di mahkamah kerana memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain turut didakwa bersabit tuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) selepas menerima sebanyak RM2 juta daripada bekas PM Datuk Seri Najib Razak.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok