Ini hanya kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ sementara: Zahid

October 3, 2021 · Politik

Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ yang dipimpin Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini hanya berbentuk sementara sahaja dan akan bertukar apabila UMNO kembali menjadi dominan nanti, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata kerajaan ini terpaksa dibentuk selepas mengambilkira keadaan politik yang tidak menentu pada ketika rakyat berdepan cabaran Covid-19 dan untuk rekod sebelum ini, Zahid juga mengetuai kumpulan 15 Ahli Parlimen (MP) yang menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Kerajaan sementara ketika ini ditubuhkan dengan pertimbangan suasana politik yang masih tidak stabil, sedangkan rakyat diancam pandemik Covid-19.

“Insya-Allah kita yakin UMNO dengan strategi dan gerak kerja yang telah dan sedang diatur akan mengembalikan kerajaan BN sebagai tonggak pentadbiran negara pada PRU-15,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebooknya.

Zahid juga mengulangi pendirian partinya untuk tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kerusi telah dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“UMNO tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kerusi telah dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Ketetapan ini bukan hanya oleh MKT tetapi ia lahir daripada suara akar umbi yang mahu UMNO menjadi dominan semula selepas PRU-15,” katanya lagi.

Beliau berkata, UMNO sedia maklum akan ada parti lain bertanding di kawasan sama, namun menyedari itu lumrah sebuah negara demokrasi.

Ahmad Zahid berkata, kekuatan UMNO dan akar umbinya yang bangkit tidak harus sesekali diperkecil.

“UMNO parti terbesar bangsa Melayu dan parti terbesar di negara ini. Kemenangannya sangat signifikan dalam memastikan kestabilan yang kukuh.

“Dominan bukan pula bermaksud angkuh tetapi kewajipan mengembalikan UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan,” katanya.

Dalam PRU-14 lalu, UMNO menang di 54 kerusi Parlimen dan 241 kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi beberapa wakil rakyatnya lompat parti.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin berkata kemungkinan pertembungan parti itu dengan UMNO dalam PRU-15) merupakan antara realiti politik yang perlu diterima dan bersedia menghadapi sebarang kebarangkalian yang terjadi pada masa akan datang dengan cara serta strategi tersendiri.

Presiden Bersatu itu juga berkata dalam menghadapi PRU-15 apa yang penting adalah penilaian rakyat tentang sejauh mana parti politik itu dapat membantu mereka terutama berdepan Covid-19 masa kini dan siapa yang dapat membantu mereka dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Katanya sehubungan itu Bersatu akan terus menyantuni dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat terutama ketika berdepan pelbagai cabaran dibawa Covid-19, yang akhirnya rakyat akan menilai sendiri apa yang Bersatu lakukan untuk mereka.

Berita berkaitan
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
3 jam lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
4 jam lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
9 jam lalu· Politik
Selagi Zahid jadi Presiden, saya tidak akan hadir: Tun Faisal
10 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
3 jam lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
6 jam lalu · Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
8 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
9 jam lalu · Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok