Ini fitnah apa pula, soal Radzi berhubung isu kemudahan kereta bekas menteri

January 6, 2023 · Politik

Datuk Dr. Radzi Jidin mempersoalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa bekas menteri diberikan kemudahan kereta kerajaan.

Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata bekas menteri tidak pernah menerima kemudahan kenderaan seperti yang didakwa oleh Anwar semasa sidang media sebelum ini dan menyifatkan ia satu fitnah terhadap menteri dalam kerajaan sebelum ini.

“Ini fitnah apa pula? DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kata, beliau telah batalkan kemudahan kereta untuk bekas-bekas menteri yang baru ini.

“Soalnya, sejak bila bekas menteri ada kemudahan kereta? Batalkan perkara yang tak wujud? Bantu banteras fitnah ini, tolong kongsi-kongsikan,” kata bekas Menteri Pendidikan itu dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Seorang lagi bekas menteri, Datuk Saifuddin Abdullah juga mempersoalkan kenyataan Anwar tersebut.

“Bila pula, sebagai bekas menteri, saya dapat kereta?” katanya dalam ciapan di Twitter.

Rabu lepas, media melaporkan, Perdana Menteri dalam satu sidang khas di Putrajaya berkata, cadangan menghapuskan pencen bekas anggota Kabinet sebelum ini adalah tidak munasabah kerana isu berkaitan itu termaktub kepada Perlembagaan Persekutuan.

Anwar berkata, langkah yang diambil oleh pentadbirannya hanya menarik balik kemudahan yang diberikan kepada anggota Kabinet, antaranya kemudahan kereta.

“Yang saya lakukan adalah bekas-bekas menteri yang baharu ini dapat kemudahan biasa dan kereta, semua itu saya batalkan. Setakat ini lebih baik dari segi pentadbiran dan tidak melibatkan perlembagaan,” katanya.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
24 jam lalu· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
4 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
24 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok