Ingatkan redah banjir bantu rakyat, tapi redah minta pangkah dacing

September 19, 2022 · Politik

Jika menjadi kenyataan desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim banjir, rakyat terpaksa berdepan bukan sahaja musibah yang mengakibatkan kehilangan harta benda tetapi juga teletah ahli politik meminta sedekah undi.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana nasib rakyat jika kehendak Presiden UMNO mahu PRU-15 diadakan semasa rakyat sedang bersusah payah menyelamatkan diri dan ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) nanti, ketika itu juga jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkempen meminta pengundi memilih calon mereka.

Sudah menjadi kebiasaan pada hujung tahun sekitar Oktober sehingga Disember, taburan hujan akan lebih banyak berbanding bulan-bulan sebelumnya dan semestinya banyak kawasan rendah akan dilanda banjir.

Tahun ini sahaja sudah beberapa kali bencana banjir melanda negara, banyak nyawa terkorban dan tidak kurang juga ramai kehilangan tempat tinggal berdepan kerugian ribuan ringgit.

Dalam pada itu, tinjauan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dijangka akan berlaku taburan hujan yang agak membimbangkan bermula pada bulan September 2022 ini hingga Mac tahun depan, dan peningkatan taburan hujan dijangka paling tinggi adalah pada bulan November 2022 ini yang melibatkan Negeri-negeri Pantai Timur berikutan peralihan Monsun.

Bertambah buruk lagi, apabila fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan dalam tempoh November hingga Disember ini dan ia turut menyebabkan hujan lebat berlaku di negeri-negeri kawasan Pantai Barat apabila berlaku perubahan tekanan udara rendah akibat luruan monsun.

Bulan September ini kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia dalam keadaan penghujung monsun Barat Daya dan dijangka akan menerima hujan lebih sedikit pada paras purata berbanding di Hulu Perak, Kelantan dan Utara Terengganu yang dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara 100mm hingga 200mm.

Petanda awal sudah dikeluarkan pihak berkuasa untuk melakukan persediaan menghadapi bencana banjir dan orang ramai diminta sentiasa berwaspada.

Bagaimanapun, Zahid nampaknya tidak mahu mempedulikan ramalan kaji cuaca kerana baginya apa yang lebih penting adalah ramalan UMNO menang besar dan kembali berkuasa di Putrajaya.

Sampai sanggup mengeluarkan kenyataan sedia meredah banjir demi memastikan kemenangan UMNO pada PRU-15 dihadapan penyokong tegar yang memenuhi segenap stadium di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Amaran hukum alam tidak diendahkan Zahid dan pemimpin UMNO lain, masing-masing memikirkan tembolok kuasa diri sendiri dan rakyat dipermainkan semata-mata demi kepentingan diri sendiri.

Sikap tamak haloba ditunjukkan Zahid dan UMNO, apa salahnya tunggu dahulu sehingga keadaan reda.

Rakyat sedang bersiap sedia untuk melawan kuasa alam yang hanya diketahui sang pencipta, adakah Zahid dan UMNO beranggapan lebih berkuasa daripada sang pencipta sehingga mempermainkan bencana banjir yang akan dihadapi rakyat?

Sepatutnya Zahid meminta perbicaraan kes mahkamahnya disegerakan kerana sudah lama tertangguh, bukan meminta PRU-15 diadakan hanya kerana mahu melepaskan diri daripada hukuman.

Adakah Zahid sebenarnya betul-betul takut nasib menimpa Datuk Seri Najib Razak bakal juga dihadapinya selepas ini?

Lebih malang lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sepatutnya menjadi benteng mempertahankan kepentingan rakyat nampaknya terpaksa mengikut telunjuk bosnya, langsung tidak berani bersuara demi rakyat.

Adakah ini Perdana Menteri yang diinginkan rakyat Malaysia? Pertimbangkan sebaiknya jika PRU-15 diadakan juga tahun ini, masa depan di tangan rakyat sama ada memilih pemimpin yang meletak kepentingan rakyat sebagai keutamaan atau pemimpin yang memikirkan kepentingan parti lebih diutamakan.

Untuk rekod, banjir terbesar pernah dihadapi negara adalah pada 1971 sehingga memaksa Perdana Menteri waktu itu, Tun Abdul Razak Hussein mengisytiharkan Darurat Banjir Kebangsaan di seluruh negara.

Pengisytiharan ini dibuat sebagai langkah mengawal keadaan banjir yang telah menenggelamkan hampir seluruh negara.

Banjir yang disifatkan yang terburuk ini telah mengakibatkan seramai 95,000 orang mangsa banjir yang dipindahkan. Jumlah mangsa banjir yang paling tinggi dipindahkan ialah di negeri Pahang iaitu seramai 40,000 orang, negeri Johor 17,000 orang dan di negeri Selangor seramai 14,000 orang.

Ambil iktibar bencana banjir yang berlaku di Pakistan baru-baru ini, hampir 33 juta rakyatnya berdepan musibah hilang tempat berteduh dan harta benda rosak sehingga terpaksa meminta bantuan negara luar.

Belajar bersyukur dengan nikmat diberikan, jangan angkuh dan mementingkan diri sehingga lupa amanah kepada rakyat dan negara.

Berita berkaitan
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
59 minit lalu· Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
1 jam lalu· Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
2 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
5 jam lalu· Politik
Popular
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
4 jam lalu · Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
5 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
7 jam lalu · Politik
Kenapa DAP minta maaf kepada GPS boleh, tapi UMNO tak boleh? soal Akmal
8 jam lalu · Politik
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok