Individu PUI, PUS perlu mohon kebenaran PKD untuk keluar mengundi

February 19, 2022 · Politik

Semua pengundi berstatus individu yang disyaki (PUI) dan individu dalam pemantauan (PUS) perlu memohon kebenaran Pegawai Kesihatan Daerah (PKD), Pejabat Kesihatan Daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian sekiranya mahu keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan, kebenaran itu tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan oleh PKD berkenaan dan pengundi perlu mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Sehingga hari ini, Johor mencatat kumulatif positif Covid-19 sebanyak 296,185 kes, dengan 263,410 pesakit telah sembuh, 3,969 kes kematian, dan 28,806 kes aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 26,985 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 246 ditempatkan di PKRC; 1,543 dimasukkan ke hospital; dan 32 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 14 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Mengulas lanjut SPR dalam kenyataan malam ini menyatakan pengundi yang berstatus PUI dan PUS hendaklah diasing dan ditempatkan di khemah atau bilik atau ruang khas yang disediakan.

“PUI dan PUS juga dikehendaki menggunakan pengangkutan sendiri untuk ke pusat mengundi dan penggunaan pengangkutan awam adalah tidak dibenarkan.

“Setelah selesai mengundi, individu ini dikehendaki segera meninggalkan pusat mengundi dan terus pulang ke tempat kuarantin manakala ruang khas itu perlu berdasarkan garis panduan KKM sebaik mereka pulang,” katanya.

Bagi pengundi di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mereka perlu menjalani ujian RTK Antigen dalam masa 24 jam sebelum tarikh mengundi dan hanya yang negatif Covid-19 dan mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan keluar mengundi.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac 2022 sebagai hari pembuangan undi bagi PRN Johor, manakala hari penamaan calon adalah pada 26 Februari 2022 dan hari mengundi awal pada 8 Mac 2022.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRN itu adalah Daftar Pemilih Induk 2021 yang dikemas kini sehingga 21 Januari 2022.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 2,597,742 orang pengundi yang terdiri daripada 2,574,835 orang pengundi biasa, 10,955 orang anggota tentera dan pasangan, 11,576 orang anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) serta 376 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Berita berkaitan
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023· Isu semasa
Prestasi ekonomi negara tahun lepas terbaik di Asia Tenggara, kata BNM
February 10, 2023· Isu semasa
Popular
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
March 26, 2023
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
March 26, 2023
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
March 26, 2023
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
7 jam lalu · Politik
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
8 jam lalu · Politik
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
9 jam lalu · Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
17 jam lalu · Politik
Guan Eng! Jangan jadi telunjuk lurus kelingking berkait: Ketua Armada
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok