Implikasi audio tular, Anwar berjaya singkir Zahid sebagai calon PM

April 13, 2021 · Politik

Hampir seminggu lebih sejak klip audio Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kesimpulannya Presiden UMNO itu sudah terkeluar dalam perlumbaan bagi jawatan perdana menteri.

Yang menjadi tanda tanya sekarang, sampai bila mereka berdua mahu menafikan. Cabaran angkat sumpah kepada Zahid sudah dilontar. Pada awalnya nak lapor polis, tapi sampai sekarang kedua-dua mereka ini menikus.

Tidak ada salahnya Anwar dan Zahid membuat pengakuan berhubung perbualan intim tersebut, bukannya mereka merancang untuk melakukan jenayah besar.

Zahid mungkin boleh memuatnaik status di Facebook mengatakan tidak takut menonton cerita hantu bersama anak dan cucunya di rumah, tapi realitinya Presiden UMNO itu sehingga sekarang tidak berani memanggil Mesyuarat Majlis Tertinggi.

Desakan demi desakan terhadap Zahid tidak diendahkan, bagi Zahid suara-suara dalam UMNO yang mengkritiknya tidak lebih hanya sekadar suara minoriti yang tidak perlu dilayan.

Begitu lah sikap Zahid sejak berguru dengan Anwar, lebih menghairankan Presiden PKR, Anwar yang lebih ke depan dalam menjawab persoalan dan kritikan berhubung isu klip audio tersebut.

Itu lah skil politik Anwar yang sudah mahir memutar-belit fakta dan mengelirukan orang ramai, setakat klip audio yang tular ini apa lah sangat baginya kerana sebelum ini beliau pernah berdepan skandal yang lebih besar, tidak perlu lagi dijelaskan apakah skandal tersebut, semua orang sudah tahu.

Tidak cukup kita hanya sekadar mendengar klip audio tersebut, tapi lebih baik kita mengkaji dan meneliti strategi Anwar berpakat dengan Zahid.

Pada hujung klip audio, Anwar seakan berbisik dalam telefon untuk ‘mengadap’, kemungkinan rancangan beliau adalah untuk memujuk Agong supaya melantiknya menjadi perdana menteri kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah kehilangan majoriti.

Intipati pada hujung klip tersebut membuktikan Anwar sebenarnya takut untuk berdepan pilihan raya umum sekali pun parlimen dibubarkan, beliau sebenarnya masih memilih jalan selamat untuk memujuk Agong supaya melantiknya menjadi perdana menteri.

Jadi, mengapa Anwar melalak melolong setiap hari mendesak sidang Parlimen dibuka dan mendesak supaya pilihan raya umum diadakan segera walhal sebenarnya Ketua Pembangkang tersebut takut untuk berdepan pilihan raya umum.

Disini timbul tanda tanya mengapa klip audio tersebut tular pada ketika ini, bukan kah Agenda Daily ada menulis sebelum ini tidak mustahil juga Anwar sendiri yang menularkan klip audio tersebut.

Anwar tahu apabila tular klip tersebut, paling menerima kesan buruk adalah Zahid dan UMNO itu sendiri, kita lihat bagaimana sekarang ini UMNO berantakan hanya kerana perbualan tersebut.

Apabila tular klip tersebut, orang UMNO mula sangsi dan tikam menikam sesama sendiri, itu lah yang Anwar mahu lihat berlaku dan Zahid sekarang ini sekadar menjadi kambing hitam.

Oleh sebab itu, kita tidak terkejut apabila tiba-tiba Anwar memanggil satu mesyuarat Pakatan Harapan di Port Dickson dan tidak ada angin ribut namanya naik dicalonkan menjadi perdana menteri bagi blok pembangkang.

Mengapa begitu tergesa-gesa PH kenyataan tersebut, jawapannya mudah. Selain Anwar, Presiden WARISAN Datuk Seri Shafie Apdal juga disebut-sebut calon perdana menteri dan satu lagi nama pastinya adalah Zahid.

Bagaimanapun, selepas terdedah klip audio tersebut, Anwar sebenarnya mendapat manfaat yang banyak apabila nama Zahid sebenarnya sudah terkeluar dalam perlumbaan untuk merebut jawatan nombor satu itu.

Anwar sekarang hanya perlu menumpukan cara dan strategi untuk menghalang Shafie daripada menjadi calon perdana menteri.

Begitu liciknya Anwar, jika tidak masakan Zahid sendiri memanggilnya sebagai ‘cikgu’, yang pastinya anak murid Anwar sudah terkeluar dalam senarai bakal perdana menteri.

Hanya DAP dan Amanah sahaja yang masih dibuai dengan persona cerita Anwar walaupun sudah beberapa kali ditangkap berbohong.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok