Idris sahkan gambar tular bertemu Anwar

October 7, 2021 · Politik

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan pertemuannya dan tiga lagi bekas ADUN yang menarik sokongan kepada kerajaan UMNO Melaka, dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Ia susulan sekeping gambar yang tular di media sosial menunjukkan beliau bersama tiga lagi bekas ADUN yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Isnin lalu, bertemu Ketua Pembangkang itu.

Tiga bekas ADUN yang hadir dalam pertemuan itu ialah Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor); Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas); dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Berita Berkaitan: Tular gambar Anwar berkomplot dengan 4 ADUN Melaka, ada anak murid baharu?

Sebelum ini Idris dan Nor Azman adalah ADUN daripada UMNO tetapi dipecat setelah menarik sokongan kepada Sulaiman. Sementara Noor Effandi pula adalah bekas ADUN Bersatu, manakala Norhizam ADUN Bebas.

Turut hadir pada pertemuan dipercayai diadakan di sebuah hotel di Kota Laksamana, dua hari lalu itu ialah Pengerusi PH Melaka, yang juga bekas ADUN Bukit Katil, Adly Zahari.

Memetik laporan BH, Idris berkata ia adalah pertemuan biasa PH memperkenalkan empat ADUN yang sudah merubah kerajaan negeri.

“(Kami) minum malam, itu saja. Pertemuan itu tidak membincangkan hal mengenai tawaran menyertai PKR, tetapi lebih kepada sesi perkenalan dan berbicara hal ehwal politik semasa,” katanya.

Mengulas lanjut, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, pada perjumpaan berkenaan, Anwar menasihatkan semua empat ADUN terbabit kekal bersabar dan menyerahkan segala-galanya kepada pihak mahkamah.

Katanya, Anwar turut menyatakan perjuangan yang dilakukan itu lebih kepada usaha menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran, selain memperjuangkan keadilan sejagat.

“Saya memang pegang kepada prinsip itu, bahkan ketika dalam UMNO dulu pun saya berpegang kepada prinsip kesaksamaan sejagat. Prinsip itu sama, cuma mungkin kaedah metadologi itu lain sikit,” katanya.

4 Oktober lalu, keempat-empat bekas ADUN itu mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan UMNO Melaka pimpinan Sulaiman setelah mendakwa ada campur tangan pihak lain dalam pentadbiran negeri itu yang lebih berkuasa daripada Ketua Menteri.

Idris sebelum ini mendakwa, Sulaiman tidak mampu membuat keputusan mengenai perkara penting dalam pentadbiran kerana terpaksa tunduk kepada kata putus Speaker DUN yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Berita berkaitan
PH kata MoU berkuatkuasa sehingga bubar Parlimen walaupun tak disambung
July 29, 2022· Politik
PRU-15: PM sedang tunggu waktu sesuai, perlu beri isyarat betul
July 24, 2022· Politik
DAP sokong sambung MoU 2.0 dengan kerajaan jika janji ditunaikan
July 24, 2022· Politik
RUU larang MP bertukar parti demi kestabilan politik, kata Wan Junaidi
July 23, 2022· Politik
Popular
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Lagi Politik terkini
Lebih baik GTA sertai PN
11 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
12 jam lalu · Politik
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
17 jam lalu · Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
18 jam lalu · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok