Idris kena main dengan pembangkang, konon janji dilantik KM

October 10, 2021 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron didakwa dipermainkan oleh pembangkang di Melaka yang kononnya dijanjikan jawatan Ketua Menteri (KM) baharu selepas kerajaan negeri itu jatuh.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Mohamad mendedahkan Idris pada mulanya dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) Melaka yang kononnya akan menyokong beliau menjadi KM namun sebaliknya yang berlaku apabila tidak mendapat sokongan yang secukupnya.

“Itu sebabnya pada saya, mungkin beliau sudah kena ‘main’ dalam hal ini. Ada juga sumber yang saya terima bahawa, memang pada awalnya Idris ada akuan bersumpah (SD) yang menunjukkan beliau akan dinamakan sebagai Ketua Menteri yang ke-13.

“Tapi pihak PH kemudian tak berikan SD mereka kepada beliau, maka hanya ada empat SD,” katanya dipetik dalam wawancara di Mingguan Malaysia hari ini.

Malah, PH Melaka juga difahamkan sudah mempunyai calon KM mereka sendiri dan bukannya Idris.

“Dan pada pagi semalam (5 Oktober), melalui sumber saya difahamkan bahawa SD daripada PH hanya meletakkan wakil rakyat DUN Bukit Katil, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka zaman PH sebagai Ketua Menteri yang dinamakan dalam SD mereka (PH).

“Itu sebab, Idris rasa macam kena ‘game’, dan sebab itu dia jadi emosi,” ujarnya lagi.

Selain itu, Idris juga gagal dalam rancangannya untuk menukarkan KM baharu apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

“Itu sebab kalau kita tengok, bila pihak Yang di-Pertua Melaka memutuskan untuk membubarkan DUN, saya tengok selepas itu sidang media yang dibuat oleh Idris, dah macam orang tak sedar diri.

“Kalau kita dalam keadaan marah, namun bila berdepan dengan pemberita, kita mesti tenang. Tapi jawapan dia yang saya tengok pun, saya tak faham,” katanya lagi.

Untuk rekod, Idris bersama tiga ADUN kerajaan pada minggu lepas menarik sokongan terhadap KM Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan mengakibatkan beliau kehilangan majoriti.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Isu skandal seks, Exco Melaka tampil jelaskan dakwaan yang direka cipta
April 27, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok