Ibu Pejabat UMNO mula terima senarai calon PRU-15, kata SUA

September 18, 2022 · Politik

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mengesahkan bahawa ibu pejabat parti itu telah mula menerima senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Menurutnya senarai itu melibatkan calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, senarai calon UMNO bagi Melaka dan Johor hanya melibatkan kawasan Parlimen kerana kedua-dua negeri itu telah mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-15, katanya selepas merasmikan sukan Petubuhan Peladang Kawasan (PPK) Ayer Baloi di Kampung Parit Baru, di Pontian, hari ini.

Katanya semua senarai yang diterima akan diperhalusi lagi bagi memastikan calon-calon yang dikemukakan adalah terbaik dan boleh memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Semalam Perdana Menteri membayangkan PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat dan akan dibincangkan ‘Top 5’ UMNO.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menambah, sesi libat urus melibatkan Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri serta BN juga telah selesai dengan terakhir di Sabah pada minggu lalu.

“Dengan gambaran yang diberikan oleh PM itu, PRU-15 semakin hampir dan kini yang perlu dilakukan ialah mengemas kini jentera pilihan raya parti supaya mudah untuk digerakkan apabila Parlimen dibubarkan,” katanya.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid turut mengesahkan badan perhubungan UMNO negeri-negeri sudah mula menghantar senarai calon berkenaan untuk dimuktamadkan di peringkat tertinggi parti itu.

“Senarai calon ini sudah mula dikemukakan ke ibu pejabat oleh badan perhubungan UMNO negeri-negeri dan selepas itu senarai akhir adalah apabila Pengerusi Perhubungan UMNO atau Barisan Nasional (BN) akan duduk bersama dengan barisan kepimpinan di peringkat tertinggi untuk muktamadkan.

“Pengerusi BN Kedah misalnya dia bawa senarai dan kita akan berbincang dengan dia di peringkat tertinggi. (Begitu juga) Perak, Perlis atau negeri mana-mana saja kita bincang. Muktamadnya, di situlah,” katanya.

Menyentuh tentang kategori calon-calon UMNO atau BN, kata Mahdzir, perkara itu bergantung hasil perbincangan antara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri masing-masing bersama kepimpinan tertinggi parti dan gabungan berkenaan.

“Di sana kita akan bincang dan akan tentukan kerana yang kemukakan itu UMNO negeri. Proses sedang berjalan, biasalah akan ambil yang (calon) berumur, berpengalaman, graduan semua itu berada dalam senarai dan ciri-ciri biasa pada pilihan raya ini.

“Kita cari dari situlah (sama ada) yang berpengaruh, tak berpengaruh, Okay ka tak okay, macam-macamlah (faktor),” katanya.

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
3 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
3 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok