Ibu bapa kena ajak anak 18 tahun ke atas keluar mengundi: Muhyiddin

October 27, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru ibu bapa supaya mengingatkan anak-anak mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas supaya keluar menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Menurutnya biar dalam keadaan apa sekali pun, tanggungjawab untuk memilih sebuah kerajaan bersih menjadi amanah kepada setiap individu yang layak memilih dalam pilihan raya yang akan datang.

Presiden Bersatu itu berkata keberadaan PN dalam arena politik negara bertujuan mewujudkan sebuah kerajaan dan kepimpinan yang baik, prihatin, amanah dan penuh integriti yang dapat merencanakan pembangunan menyeluruh sehingga Malaysia kembali menjadi negara hebat.

“Alhamdulillah malam tadi saya bersama-sama kepimpinan Perikatan Nasional (PN) meneruskan Program Jelajah Prihatin Perikatan Nasional, kali ini di Putrajaya.

“Saya gembira melihat sambutan hangat daripada warga Putrajaya yang datang untuk mendengar penerangan dan penjelasan tentang keberadaan PN dalam politik negara.

“Saya percaya apabila hal ehwal negara diurus dan ditadbir dengan betul, beramanah dan bertanggungjawab, rakyat sudah tentu akan dapat menikmati hidup dengan lebih selesa dan selamat, bukan hanya untuk generasi kita, malah untuk anak cucu kita sekali.

“Bagi mencapai cita-cita ini setiap daripada kita perlu menggunakan hak mengundi pada 19 November depan untuk memilih sebuah parti iaitu Perikatan Nasional (PN) yang faham dan berupaya membela nasib hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini (27 Oktober 2022).

Dalam ucapannya pada majlis itu malam tadi, Muhyiddin sekali lagi menegaskan bahawa langkah seluruh kepimpinan Bersatu bersetuju untuk keluar daripada ‘khemah besar’ Pakatan Harapan (PH) adalah kerana tidak mahu mengkhianati bangsa, agama dan negara.

Beliau mengulangi penegasan itu PH terus menuduh Bersatu sebagai pengkhianat menyebabkan kerajaan gabungan itu tumbang pada 2020 setelah 22 bulan memegang tampuk pemerintahan selepas PRU-14.

Menceritakan keputusan itu dibuat, Muhyiddin yang menjadi Menteri Dalam Negeri ketika pentadbiran PH berkata, dalam Kabinet pakatan itu sangat ‘luar biasa’ dan amat berlainan dengan pengalaman berada dalam barisan Kabinet sebelum ini.

Katanya, tekanan daripada menteri-menteri PH amat luar biasa dan lebih memburukkan keadaan banyak permintaan mereka boleh membawa mudarat kepada orang Melayu, umat Islam dan rakyat Malaysia.

“Sebab itu saya bagitahu Tun (Dr Mahathir Mohamad) kita tak boleh berada lama bersama PH… lagi lama Bersatu dalam PH, lagi merosot sokongan orang Melayu kepada kita.

“Kerana orang Melayu tahu itu bukan tempat kita… perosak bangsa, perosak agama, hukum dan bermacam-macam yang membawa mudarat kepada orang Melayu, umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia.

“Kita tidak boleh kekal di situ… Jadi Majlis Tertinggi Bersatu buat keputusan kita keluar. Bukan saya buat keputusan keluar, seluruh parti kita kena keluar dan jangan terus kekal dalam kekalutan itu dan terus bersama PH.

“Ya… dia kata kita pengkhianat… dia boleh kata saya pengkhianat tetapi saya tidak boleh mengkhianati bangsa, agama dan negara saya,” katanya yang kemudian menjadi Perdana Menteri kelapan setelah kerajaan PH tumbang susulan peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Dr Mahathir.

Berita berkaitan
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Saya maklumkan awal bagi memastikan proses peralihan berjalan baik: Muhyiddin
November 24, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
24 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
24 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok