Hukum Allah mengatasi RUU bertukar parti, kata Hadi

September 3, 2022 · Politik

Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan hukum Allah dan Rasul lebih tinggi dan berkesan pelaksanaannya jika dibandingkan dengan Rang Undang-undang (RUU) berkaitan larangan lompat parti yang diluluskan.

Presiden PAS itu berkata partinya itu melaksanakan hukum berlandaskan syariat Islam dengan mewajibkan setiap wakil rakyatnya bersumpah bai’ah untuk menjadi calon dalam pilihan raya, sambil menegaskan Islam menetapkan bahawa tiada siapa yang dapat mengatasi hukum Allah dan Rasul.

“Perkara ini ditegaskan dalam Perlembagaan PAS bahawa hukum Allah dan Rasul adalah sumber tertinggi yang mewajibkan kepada pemimpin utama dan calon pilihan raya untuk melafazkan sumpah dan bai’ah, sehingga mengatasi segala undang-undang bagi memelihara integriti.

“Langkah ini lebih berkesan daripada undang undang berkaitan larangan lompat parti yang baru sahaja diperkenalkan,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-69 di Kompleks PAS Kedah hari ini.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, berkata PAS sepatutnya diberi lebih kepercayaan dengan adanya ikatan bai’ah yang lebih hebat daripada undang-undang kini yang luput tarikhnya.

“Sesiapa yang tidak memelihara integriti pasti akan melompat sendiri kerana mereka kepanasan walaupun berada dalam bilik berhawa dingin atau dipecat dengan tindakan disiplin.

“Parti tidak rosak, terus maju dan subur berkembang dan sentiasa menambah ahli, kawasan, cawangan serta penyokongnya.

“PAS membuktikan pelaksanaannya di negeri yang diperintah di Kelantan, Terengganu dan Kedah, serta melalui beberapa kementerian yang ditugaskan walaupun dengan bidang kuasa yang terbatas,” katanya lagi.

Untuk rekod, Dewan Rakyat pada 28 Julai lalu meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.

RUU digubal berasaskan lapan parameter utama itu diluluskan menerusi undi belah bahagian selepas dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, Hadi berkata, sejarah dunia membuktikan sumber harta dan tenaga manusia tanpa pembangunan insan yang menyeluruh berteraskan aqidah dan taqwa, tidak akan mampu membawa kesejahteraan di alam dunia dan akhirat.

“Keadaan ini dialami Malaysia yang mencapai kemerdekaan lebih setengah abad dan pernah membawa slogan Wawasan 2020.

“Situasi ini berlaku dalam keadaan kita mempunyai sumber hasil bumi dan tenaga manusia daripada berbagai kaum yang sepatutnya dapat dimanfaatkan.

“Apa yang berlaku bantuan kepada rakyat tidak sampai kepada sasaran, sehingga ia laksana mencurah garam ke laut. Mengapa peruntukan yang besar berlaku kebocoran? Ini menunjukkan ada perkara yang salah dan wujud kelemahannya,” katanya.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
22 jam lalu· Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
PAS gesa kerajaan batal penganjuran program ratu cantik pada Disember
November 24, 2023· Politik
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
14 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
14 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
22 jam lalu · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok