Hujung tahun banjir dan rakyat berjimat anak masuk sekolah, kata Faiz kepada UMNO

September 20, 2022 · Politik

Hujung tahun merupakan tempoh yang sibuk buat rakyat kerana bukan sahaja terpaksa berdepan musim bencana banjir tetapi pada masa sama perlu berbelanja bagi persediaan anak ke sekolah, kata
Dr Muhammad Faiz Na’aman.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata rakyat tidak seperti pemimpin UMNO lain yang hidup mewah dan mempunyai kereta besar sehingga sanggup meredah banjir demi semata-mata mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Golongan rakyat B40 terutama orang muda yang berniaga sendiri perlu sekurang-kurangnya hingga awal tahun depan untuk pulih dari kemelut ekonomi yang memberi impak terhadap kesihatan kewangan mereka, di mana hujung tahun sinonim dengan waktu untuk berjimat dan banyak perbelanjaan untuk menghadapi kemungkinan bencana (banjir) dan persediaan sesi baru persekolahan anak-anak/ semester bagi yang menanggung kos pelajaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Faiz, punca utama UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berterusan mendesak PRU-15 diawalkan adalah kerana mahu mengalih perhatian terhadap perbicaraan kes mahkamah dihadapinya.

“Kempen PRU hujung tahun ini akan mengalih perhatian masyarakat terhadap liputan perbicaraan kes-kes mahkamah berprofil tinggi yang melibatkan beberapa pemimpin politik negara,” katanya lagi.

Selain itu, Faiz berkata pada hujung tahun juga rakyat akan mula bercuti dan terdapat juga yang akan ke tanah suci bagi mengerjakan umrah.

“Hujung tahun juga adalah waktu cuti panjang sebahagian masyarakat kita di mana ada antara mereka berkunjung ke luar negara.

“Atau bagi Muslim ia juga waktu yang popular untuk ibadat umrah di tanah suci (musim sejuk),” terangnya lagi.

Sabtu lalu (17 September), Zahid berkata jentera Barisan Nasional (BN) sanggup meredah banjir dan hujan lebat, jika PRU-15 diadakan tahun ini, sambil menegaskan isyarat yang diberikan ahli parti supaya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat adalah jelas dan nyata.

Beliau berkata, ia adalah berdasarkan laungan ‘Bubar’ oleh lebih 10,000 pemuda BN yang bergema dalam Stadium Titiwangsa.

Katanya, susulan isyarat yang jelas itu pihaknya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dapat menetapkan tarikh pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini.

“Kita tengah tunggu tarikh keramat, namun kita tahu ada kekangan akhir tahun ini iaitu banjir, hujan lebat dan angin monsun Timur Laut tetapi kalau Perdana Menteri bubar masa banjir pun, sanggup redah banjir untuk bertanding.

“Isyaratnya adalah jelas dan nyata…’top five’ diberikan mandat untuk berbincang tetapi tarikh belum ditetapkan.

“Jangan bincang sahaja…kena cepat jangan tunggu lama-lama kerana penghasut sedang bekerja keras…PRU15 tidak boleh ditunggu-tunggu lagi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera Pemuda BN, di Stadium Titiwangsa.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
12 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Krisis KM Melaka: Sulaiman menangis tapi tak sedih lepas kerusi
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
3 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
14 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
14 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
15 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok