Hubungan UMNO-Bersatu terputus hanya selepas parlimen bubar – Ismail

March 24, 2021 · Politik

Hanya sekiranya Parlimen dibubarkan sahaja baharu hubungan antara UMNO dengan Bersatu putus dan selagi perkara itu tidak berlaku mereka perlu kekal berada dalam satu gabungan, tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri.

Ismail mahu keputusan sedemikian yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dipertahankan dan sebarang langkah untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu sebelum Parlimen dibubarkan adalah tidak boleh diterima sama sekali.

“Seterusnya keputusan MKT adalah kerjasama antara kita dengan Bersatu dari segi parti diputuskan apabila parlimen dibubarkan dan ini ‘clear’. Saya rasa tidak ada siapa yang mempertikaikan dari segi keputusan MKT. Maknanya kita ni macam ‘cerai taklik’… apabila bubar parlimen jatuh talak kita… jadi kita dah menjelaskan daripada awal bahawa hubungan kita terputus secara automatik apabila parlimen dibubarkan.

“Setiap ahli parti dan MKT malah saya sebagai Naib Presiden tentu sahaja akan mempertahankan keputusan yang dibuat MKT dan daripada segi disiplin parti kita perlu patuh kepada setiap keputusan yang dibuat oleh MKT. Inilah keputusan yang kita pegang sehinggalah pilihan raya,” beliau dipetik berkata dalam laman portal UMNO-Online.

Ismail juga mengulangi pendirian UMNO untuk menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga DAP.

“Keduanya ‘No PKR, No Dap’.

“Ini juga merupakan keputusan MKT dan hari ini ditekankan oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataanya mengatakan UMNO tidak akan berunding dengan PKR untuk menghadapi pilihan raya dan saya kira pun selepas pilihan raya mungkin itulah keputusan kita,” katanya lagi.

Kerjasama antara UMNO dengan PKR bersama DAP sebelum ini menjadi polemik panas susulan kenyataan Anwar yang mendakwa sedang berunding dengan parti utama orang Melayu tersebut, bagaimanapun seorang demi seorang pimpinan tertinggi UMNO menolak usaha tersebut.

Zahid dan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini terpalit dengan surat sokongan kepada Anwar yang dihantar kepada Istana Negara dan mereka berdua sehingga hari ini masih belum menafikan tentang ketulenan surat tersebut.

Berita berkaitan
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
3 jam lalu· Politik
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
3 jam lalu· Politik
Pengurus bank sahkan RM1 juta diterima Sharir daripada Najib
17 jam lalu· Isu semasa
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
24 jam lalu· Politik
Popular
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022
Isu lantikan TPM, Muhyiddin serah pertimbangan PM untuk putuskan
July 16, 2022
Lagi Politik terkini
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
9 minit lalu · Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
17 jam lalu · Politik
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022 · Politik
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022 · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok