Hisham tak setuju buka Parlimen untuk memuaskan nafsu politik

June 16, 2021 · Politik

Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas gesaan segelintir pemimpin politik mendesak supaya Parlimen segera dibuka yang disifatkannya sebagai mahu menjadikan ia sebagai alat pemuas nafsu politik.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata, usaha-usaha untuk memanipulasi sidang Parlimen bukanlah perkara baharu malah telah berlaku sejak sekian lama.

“Usaha-usaha sebegini bukan baru. Kita telah melihatnya berulang kali selama bertahun-tahun – terbaru pada September 2020. Mereka terlalu taksub pada angka yang ‘kukuh, hebat, meyakinkan’ – sehinggakan, ia meresap ke dalam pelbagai senario serta cuba meyakinkan semua orang bahawa mereka bersatu, dengan harapan dapat meneruskan agenda untuk kembali berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun tidak menamakan pemimpin berkenaan, umum mengetahui desakan ini dilakukan oleh blok pembangkang yang diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar pada 22 Sptember 2020 yang lalu mendakwa telah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen yang mahu mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri baharu, namun sehingga ke hari ini hasrat berkenaan masih belum menjadi kenyataan.

Mengulas lanjut, Hisham berkata, ahli-ahli Parlimen yang kuat mendesak agar persidangan diadakan, mesti mengambil tanggungjawab bersama bagi memastikan persidangan Parlimen yang disambung semula nanti dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan Malaysia dan rakyatnya terutama dalam pengurusan Covid-19.

“Agenda negara kita jauh lebih penting berbanding cita-cita peribadi sesiapa jua. Satu-satunya harapan rakyat Malaysia ketika ini ialah jalan keluar daripada krisis ini dan ia merupakan tanggungjawab kita sebagai Ahli-Ahli Parlimen. Rakyat mahu jumlah kes diturunkan, nyawa diselamatkan dan ekonomi dipulihkan,” katanya.

Dalam pada itu beliau meminta semua pihak menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika ini bertungkus lumus memulihkan negara daripada kelemut yang melanda.

“Berpolitik sepanjang masa merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima. Di kala Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya mengemukakan Pelan Pemulihan Negara yang bermatlamat membawa negara keluar daripada pandemik – kita semua perlu menyokong, bukannya skeptikal. Pelan tersebut hanya akan berhasil sekiranya semua parti bekerjasama mencari jalan keluar daripada pandemik.

“Jika kita fokus terhadap tanggungjawab dan berkongsi tekad yang sama, maka saya percaya kita boleh memenuhi harapan bersama,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan proses demokrasi akan tetap didukung kerajaan Perikatan Nasional dengan mengumumkan sidang Parlimen akan dibuka semula pada September atau Oktober depan nanti.

Muhyiddin bagaimanapun menegaskan sidang Parlimen tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan kerajaan terlebih dahulu perlu memastikan usaha memerangi penularan Covid-19 dapat ditangani dengan segera.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
3 jam lalu· Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
3 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
33 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok