Hasni kekal tanding di DUN Benut

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dikekalkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Beliau akan berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Senator Datuk Isa Abdul Hamid, 56 tahun; dan calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR, [email protected] Hosman.

Pada PRU 2018 lalu, Hasni mengekalkan kerusi DUN Benut yang dimenanginya sejak PRU 2008, dengan mengalahkan calon PH dan PAS dengan majoriti 4,447 undi.

Sementara itu, BN turut meletakkan mula lama yang diketepikan pada PRU-14 lalu, Datuk Puad Zarkashi sebagai calon DUN Rengit. Pada PRU-14 lalu, Puad tidak terpilih setelah kalah kepada calon PKR pada PRU 2013 dalam pertandingan bagi kerusi Parlimen Batu Pahat.

Berikut adalah calon BN bagi PRN Johor, kecuali MCA yang belum membuat keputusan:

N01 Buloh Kasap – Datuk Zahari Sarip;
N02 Jementah – MCA;
N03 Pemanis – Anuar Manap;
N04 Kemelah – Saraswathi (MIC);
N05 Tenang – Haslinda Salleh;
N06 Bekok – MCA;
N07 Bukit Kepong – Ismail Mohamad;
N08 Bukit Pasir – Mohd Fadzli Mohd Salleh;
N09 Gambir – Shah Rihan Ghani;
N10 Tangkak – MCA;
N11 Serom – Khairin Nisa Ismail;
N12 Bentayan – MCA;
N13 Simpang Jeram – Datuk Lokman Md Don;
N14 Bukit Naning – Datuk Md Fuad Tukirin;
N15 Maharani – Nur Farah Samsudin;
N16 Sungai Balang – Mohd Helmy Abd Latif;
N17 Semerah – Mohd Fared Mohd Khalid;
N18 Sri Medan – Datuk Zulkurnain Kamisan;
N19 Yong Peng – MCA;
N20 Semarang – Datuk Samsolbari Jamali;
N21 Parit Yaani – Datuk Mohd Najib Samuri;
N22 Parit Raja – Nor Rashidah Ramli;
N23 Penggaram – MCA;
N24 Senggarang – Mohd Yusla Ismail;
N25 Rengit – Datuk Puad Zarkashi;
N26 Machap – Datuk Onn Hafiz;
N27 Layang-Layang – Mutalif Rahim;
N28 Mengkibol – MCA;
N29 Mahkota – Datuk Sharifah Azizah Syed Zain;
N30 Paloh – MCA;
N31 Kahang – Vidyanathan Ramanadhan;
N32 Endau – Mohd Youzaimi Yusof;
N33 Tenggaroh – Raven Kumar;
N34 Panti – Hahasrin Hashim;
N35 Pasir Raja – Rashidah Ismail;
N36 Sedili – Muszaidi Makmur;
N37 Johor Lama – Noorliza Noh;
N38 Penawar – Fauziah Misri
N39 Tanjung Surat – Datuk Syed Sees Abd Rahman;
N40 Tiram – Azizul Bachok;
N41 Puteri Wangsa – MCA;
N42 Johor Jaya – MCA;
N43 Permas – Baharudin Mohd Taib;
N44 Larkin – Hairi Md Shah;
N45 Stulang – MCA;
N46 Perling – MCA;
N47 Kempas – Datuk Ramlee Rohani;
N48 Skudai – MCA;
N49 Kota Iskandar – Pandak Ahmad;
N50 Bukit Permai – Datuk Mohd Jafni Md Shukor;
N51 Bukit Batu – S Supayyah;
N52 Senai – MCA;
N53 Benut – Datuk Hasni Mohammad;
N54 Pulai Sebatang – Hasrunizah Hassan;
N55 Pekan Nenas – MCA; dan
N56 Kukup – Datuk Jefridin Atan.

BERITA BERKAIT
POPULAR