Hashtag senjata Zahid hanyalah taktik kosong

April 25, 2021 · Politik

#kerajaangagal yang tular di media sosial dan menjadi antara senjata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memburuk-burukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), hanya taktik kosong.

Exco Armada Bersatu Nasional, Harris Idaham Rashid berkata ‘hashtag’ itu tidak mencerminkan pendapat sebenar rakyat terhadap kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin terbukti berkesan dan diterima oleh masyarakat. #kerajaangagal yang tular terbukti tidak mencerminkan pendapat sebenar rakyat jelata.

“Ia hanyalah taktik kosong yang digembar-gemburkan oleh sebilangan kecil ‘influencer’ media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memetik fakta kajian Merdeka Center yang paling mencuri perhatian di mana 67 peratus responden berpuas hati dengan prestasi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Yang lebih memberangsangkan ialah 83 peratus masyarakat Melayu dan 66 peratus masyarakat India mengutarakan persetujuan terhadap Perdana Menteri, manakala 30 peratus lagi masyarakat Cina,” katanya.

Petang tadi, Zahid berpendapat ‘hashtag’ itu adalah rasa tidak berpuas hati rakyat dengan cara kerajaan PN menguruskan negara.

Berita berkaitan
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
25 minit lalu· Politik
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
2 jam lalu· Isu semasa
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
8 jam lalu· Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
24 jam lalu· Politik
Popular
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
July 2, 2022
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
July 3, 2022
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
July 3, 2022
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
PH belum muktamadkan agihan kerusi pada PRU-15
12 minit lalu · Politik
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
16 minit lalu · Politik
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
1 jam lalu · Politik
Parti Syed Saddiq intai peluang bertanding di Perak
2 jam lalu · Politik
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok