Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM

September 21, 2022 · Politik

Penasihat ekonomi Perdana Menteri (PM) merangkap Ketua Penerangan UMNO melatah apabila sedikit teguran diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana keadaan ekonomi dan mata wang negara yang tidak menentu ketika ini.

Budak hingusan yang berada dalam pejabat PM menjawab balik kritikan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dengan memberi jawapan retorik seperti Presiden UMNO yang berteriak setiap hari mendesak pilihan raya umum atas alasan tiada kestabilan, ironinya UMNO sendiri menjadi punca mencetus ketakstabilan tersebut.

Berpuluh kali Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak supaya Parlimen dibubarkan tetapi sampai sekarang tidak masih menekan butang seperti dilakukannya bersama-sama cikgu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Lebih menghairankan, baharu sekali Muhyiddin tegur terus melatah panglima dan hulu balang UMNO tampil mempertahankan Perdana Menteri. Tapi tidak pula mereka berani menegur Zahid sebelum ini yang berzikir setiap masa mendesak pilihan raya disegerakan.

Sebagai seorang penasihat ekonomi dan kononnya memiliki kelayakan yang hebat di universiti, lebih baik dia berfikir untuk mencari jalan memulihkan kedudukan ekonomi negara daripada terus menjadi pembodek.

Sebelum Muhyiddin berundur diri, asas ekonomi dan kedudukan kewangan negara semasa ditinggalkan masih berada pada tahap yang selamat dan tidak seperti legasi ditinggalkan oleh bekas PM UMNO, Datuk Seri Najib Razak sehingga sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu ditanggung kerajaan.

Malah, ketika Muhyiddin mentadbir negara, ia merupakan saat paling mencabar pernah dihadapi mana-mana pemimpin nombor satu negara dengan ancaman penularan Covid-19.

Langkah-langkah yang diambil bertujuan untuk menyelamatkan banyak nyawa tidak berdosa daripada terus melayang kerana jangkitan virus membunuh tersebut, penutupan sektor ekonomi dan kawalan langkah pergerakan kepada rakyat bukan dibuat suka-suka.

Walaupun rakyat tidak dapat bekerja, sekurang-kurangnya ketika itu masih dapat bernafas lagi apabila moratorium diperkenalkan disamping pelbagai bantuan bakul makanan dan juga pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu rakyat yang terjejas.

Semua langkah itu diambil semasa era Muhyiddin menjadi PM, tapi apa sekarang penasihat ekonomi PM buat?

Walaupun berdepan dengan ancaman penyakit berjangkit ditambah pula dengan krisis politik yang dicetuskan oleh cikgu dan anak murid, nilai mata wang negara waktu itu tidak jatuh sehingga ke paras teruk sekarang ini.

Nilai ringgit ketika itu masih berlegar sekitar RM4 ke RM4.10 dan perlu diingat ketika itu negara sedang berdepan pelbagai cabaran yang lebih teruk daripada sekarang ini.

Sekarang, nilai ringgit jatuh teruk dalam sejarah 24 tahun negara, sejak kali terakhir krisis kewangan 1998-1999 lalu.

Selain itu, semasa Muhyiddin menjadi PM juga menyaksikan harga sawit negara mencecah paras tertinggi dalam sejarah, antara RM4,000 hingga RM4,500 satu tan setakat Jun 2021 ketika itu masih menerajui kerajaan di Putrajaya.

Harga sawit berkali ganda tinggi semasa era Muhyiddin menjadi PM berbanding hanya sekitar RM2,000 satu tan pada 2019 dan sebelumnya.

Sekarang, apabila UMNO kembali menjadi peneraju di Putrajaya, harga sawit berdepan tren penurunan dan harga minyak sawit mentah (MSM) terkini setakat September jatuh ke paras bawah RM4,000 satu tan.

Setakat 19 September 2022, harga MSM terkini adalah RM3,743 satu tan, menurut laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Faktanya, penurunan harga minyak sawit ini berlaku semasa era UMNO memerintah dan bukannya ketika Muhyiddin semasa memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mungkin penasihat ekonomi PM boleh mula menyemak fakta dan membuat sedikit kajian sebelum mengeluarkan alasan retorik politik seperti Presidennya yang mahu PRU-15 diadakan.

Seperkara lagi, sebagai penasihat ekonomi PM, mungkin sekurang-kurangnya dia boleh mencari jalan sebagaimana Muhyiddin membantu peneroka Felda yang hutang mereka sebelum ini semasa pinjaman diberikan oleh UMNO dihapuskan serta-merta.

Untuk rekod, sebanyak RM8.3 bilion peneroka Felda berjaya dihapuskan semasa era pentadbiran Muhyiddin.

Mustahil seorang penasihat ekonomi yang hebat bercakap bahasa Inggeris tidak dapat mencari pendekatan dan langkah terbaik untuk membantu rakyat yang sedang sesak nafas untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Seperkara lagi, penasihat ekonomi jangan hanya pandai menasihati Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob “claim credit” seperti yang dilakukan semasa syarikat perladangan FGV Holdings Bhd mencatat keuntungan besar iaitu sebanyak RM1.17 bilion bagi tahun kewangan 2021.

Hasil penstrukturan dan strategi Muhyiddin jugalah menyaksikan FGV kembali mencatatkan keuntungan besar tersebut, janganlah perasan kerana kebijakan dan kepandaian Ismail Sabri yang berjaya memulihkan syarikat milik peneroka Felda itu.

Tapi biasalah, penasihat ekonomi PM hebat beretorik dan memutarbelit fakta. Tidak pasti siapa cikgunya ini.

Berita berkaitan
Kadar kejatuhan ringgit menghampiri paras Krisis Kewangan Asia
March 29, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut pada sesi pagi, kena tempias kejatuhan Credit Suisse
March 16, 2023· Isu semasa
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman idea tidak masuk akal
March 15, 2023· Isu semasa
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023· Isu semasa
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
2 jam lalu · Politik
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
11 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
13 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
13 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok