Harap selepas PRU jangan ada berebut nak jadi PM, kata Tajuddin

April 14, 2022 · Politik

Walaupun nama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah dicalonkan UMNO sebagai Perdana Menteri (PM) selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), namun Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berharap tidak ada yang berebut jawatan pula selepas itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mengalu-alukan keputusan yang diumum untuk meletak Naib Presiden itu sebagai calon PM semasa PRU-15 tetapi bimbang senario yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berulang.

“Tetapi, tidak ada jaminan (Ismail jadi PM). ‘Poster boy’ di Johor dulu siapa? Hasni, tapi tak jadi pun (MB), tapi kita doakan yang terbaiklah, kita tak mahu bersangka buruk.

“Kalau itu keputusannya yang tujuannya baik, akan memberi ruang dan peluang kepada Ismail untuk jadi PM pada PRU akan datang, tapi bila sudah lepas pilihan raya ada pula orang pergi sana, pergi sini dia pula nak jadi PM, ini mungkin terjadi,” katanya dipetik laporan media selepas mesyuarat MT petang tadi.

Untuk rekod, Datuk Seri Hasni Mohamad pada mulanya merupakan calon Menteri Besar Johor sepanjang kempen PRN tetapi kemudiaan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Jelas Tajuddin lagi, UMNO perlu memberi jaminan pencalonan Ismail Sabri itu perlu dilaksanakan selepas memenangi PRU-15 nanti dan tidak menukarnya seperti yang berlaku di Johor.

“Jadi, saya persoalkan dalam mesyuarat MT, tapi kalau terbukti ada jaminan, tidak ada masalah, kita sokong. Saya penyokong kuat Ismail sejak mula.

“Kalau bukan Ismail siapa pun boleh jadi. Dalam politik ini, ramai orang bercita-cita tinggi, semua berharap macam saya. Saya pun bercita-cita juga, tapi taklah nak jadi Perdana Menteri,” katanya lagi.

Terdahulu, UMNO mengumumkan Ismail Sabri sebagai calon mereka bagu menghadapi PRU-15 depan, ia secara tidak langsung melanggar tradisi UMNO yang kebiasaannya meletak Presiden sebagai calon bagi jawatan tersebut.

Pengumuman terbaharu ini memberi bayangan kemungkinan PRU-15 akan diadakan pada masa terdekat selepas gesaan supaya ia disegerakan timbul semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang berlangsung Mac lalu.

Semasa PAU lalu,  Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi kelonggaran kepada Ismail Sabri untuk menentukan masa yang sesuai dan mengikut budi bicaranya berhubung pembubaran Parlimen.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO itu berkata mendengar semua pandangan perwakilan sepanjang perjalanan persidangan PAU 2021 yang berlangsung membangkitkan agar PRU-15 disegerakan, namun perbincangan yang teliti perlu dijalankan sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya mendengar cadangan pembahas-pembahas mengenai pembubaran Parlimen. Saya beri jaminan keputusan besar ini akan dibincangkan dengan ‘Top Five’ parti.

“Ini juga akan dibincangkan dengan MT dan jemaah menteri sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Seri Paduka Baginda,” kata beliau ketika berucap semasa hari PAU pada Mac lalu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
12 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok