Harap dapat kekal jawatan Menteri, kata Zuraida

June 19, 2022 · Politik

Datuk Zuraida Kamaruddin berharap pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob nanti akan dapat memberi hasil yang baik sekurang-kurangnya dapat kekal menjadi Menteri.

Ahli Parlimen Ampang itu yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata masih menunggu tarikh untuk berjumpa Ismail Sabri dan berharap jawatan sebagai Menteri dapat dikekalkan bagi meneruskan semua perancangan kementerian yang diterajuinya dapat disempurnakan.

“Perdana Menteri sudah umumkan, satu dunia sudah tahu (mengenai perjumpaan). Saya mengharapkan berita baik. Ya, kekal jawatan itu (Menteri).

“Untuk habiskan program atau perancangan yang saya mulakan dan untuk stabilkan negara,” katanya dipetik laporan Harian Metro hari ini.

Zuraida terdahulu merasmikan program Enhancing Empowerment of Women di sebuah hotel di Sungai Siput hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan dan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Perak, Paul Yong Choo Kiong.

Khamis lalu, media melaporkan Perdana Menteri akan bertemu Zuraida minggu depan bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Pada 26 Mei lalu Zuraida mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar Bersatu untuk sertai PBM.

Zuraida menjelaskan langkahnya menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan.

Terdahulu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ismail Sabri berhak untuk menentukan individu yang akan dilantik bagi menggantikan jawatan yang disandang Zuraida.

Muhyiddin menjelaskan lantikan Zuraida sebelum ini sebagai Menteri sebelum adalah atas kapasitinya sebagai ahli parti tersebut, bagaimanapun terserah kepada Ismail Sabri untuk membuat keputusan berhubung jawatan tersebut.

“Jadi apa pun saya dah beritahu bahawa dari segi pendirian kita Datuk Zuraida dahulu duduk di situ ialah atas kapasiti dia sebagai ahli Bersatu.

“Dan memang pun semenjak saya dulu pun sampailah ke hari ini ialah kuota tapi keputusan untuk melantik siapa itu hak Perdana Menteri,” katanya.

Namun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menjelaskan nama calon baharu bagi jawatan menteri tersebut akan dikemukakan untuk Ismail Sabri membuat pertimbangan sewajarnya.

“Dan bila itu kita akan mencalonkan nama yang dianggap sesuai untuk menggantikan Zuraida disitu,” jelasnya lagi.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok