Hanya Mesyuarat Cawangan UMNO dijalankan tanpa pemilihan parti

April 26, 2021 · Politik

Pemilihan parti tidak akan diadakan dalam masa terdekat sebaliknya hanya Mesyuarat Cawangan UMNO sahaja akan diadakan pada Jun ini, kata Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin berkata mesyuarat peringkat cawangan terpaksa diadakan memandangkan parti perlu mematuhi selari peraturan yang sudah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Tidak ada isu panas pun, semuanya berjalan dengan baik. Cuma Mesyuarat Cawangan sahaja akan diadakan pada Jun bagi memenuhi peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” katanya.

Jelas Tajuddin lagi, sekiranya pemilihan diadakan ia akan memberi kesulitan kepada perwakilan memandangkan negara masih bergelut dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat jangkitan kes ketika ini.

“Kalau nak adakan pemilihan, ia akan melibatkan ribuan perwakilan, jadi banyak kesulitan dalam keadaan sekarang ini,” katanya.

Kenyataan Tajuddin ini berbeza dengan kenyataan media yang dikeluarkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang mengatakan UMNO sudah memutuskan untuk menghantar surat kepada ketua pengarah ROS dan ketua pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapatkan garis panduan bagi pelaksanaan pemilihan UMNO tahun ini.

MKT UMNO berkata tindakan ini adalah untuk memastikan proses pemilihan yang turut melibatkan mesyuarat perwakilan UMNO termasuk sayap-sayap wanita, pemuda dan puteri parti itu dapat diadakan dengan lancar.

Untuk rekod, Tajuddin merupakan penyokong kuat dalam kem Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Desakan supaya mengadakan pemilihan parti menjadi semakin kuat susulan klip audio tular perbualan Zahid dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang merancang satu pakatan sulit.

Beberapa pemimpin utama parti secara terbuka menggesa supaya pemilihan diadakan pada Jun ini selepas berakhir mandat tersebut.

Berita berkaitan
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
3 minit lalu· Politik
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
1 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
2 jam lalu· Isu semasa
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
7 jam lalu· Politik
Popular
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
July 2, 2022
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
July 3, 2022
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
July 3, 2022
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
1 jam lalu · Politik
Parti Syed Saddiq intai peluang bertanding di Perak
2 jam lalu · Politik
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
7 jam lalu · Politik
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
9 jam lalu · Politik
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok