Hanya Majlis Tertinggi PN buat keputusan kerjasama PRU-15

October 14, 2022 · Politik

Sebarang kerjasama politik dengan mana-mana pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara utama yang akan dinilai ialah sama ada kerjasama itu dapat memberi nilai tambah dan menguntungkan PN.

“PN akan bincang dalam majlis tertinggi, mendapatkan panduan apakah keputusan yang mahu dibuat.

“Masing-masing ada pengalaman masing-masing, jadi kita nak nilai, ada menambah nilai ataupun tidak, menguntungkan ataupun tidak, jangan merugikan satu pihak, menguntungkan satu pihak. Ini perlu diteliti dengan halus,” katanya pada sidang media di Panchor, Pagoh, hari ini (14 Oktober 2022).

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengulas desakan Gerakan Tanah Air (GTA) supaya diwujudkan kerjasama di antara parti pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU-15 nanti.

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah membuat keputusan tidak akan menjalinkan kerjasama dengan GTA.

Terdahulu Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah menghadiri kenduri rakyat di Masjid Jamek Panchor sebagai sebahagian aturcara lawatan sehari ke Pagoh.

Pada sebelah pagi Muhyiddin menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penduduk pekan Panchor serta menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada penduduk setempat.

Muhyiddin turut menghadiri Program Memancing Bersama Nelayan Tempatan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing di jeti nelayan Panchor.

Malam ini Muhyiddin dijadualkan mengadakan Perjumpaan Bersama Jentera Pilihan Raya Bersatu Pagoh di Felda Lenga.

Berita berkaitan
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Saya maklumkan awal bagi memastikan proses peralihan berjalan baik: Muhyiddin
November 24, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok