Hanya khabar angin PM akan diambil tindakan jika lewatkan PRU: Hasni

September 16, 2022 · Politik

Spekulasi mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dikenakan tindakan jika melewatkan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) hanya khabar angin, kata Datuk Seri Hasni Mohammad.

Pengerusi UMNO Johor itu mendakwa cerita kononnya berlaku pergeseran antara Ismail Sabri dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi direka-reka dan tidak benar sama sekali, sebaliknya mereka berdua mempunyai hubungan yang baik.

“Saya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berpendapat tiada isu berkenaan siapa poster boy BN dalam kita hadapi PRU-15.

“Kita tak rasa ada masalah antara Presiden parti dan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO seperti diuar-uarkan pihak lain.

“Ada pihak pula mendakwa tindakan akan diambil terhadap Perdana Menteri jika PRU-15 tidak segera diadakan. Ini hanya sekadar khabar angin dan cerita yang direka sesetengah pihak,” katanya dipetik laporan BH.

Jelasnya lagi, Zahid hanya meminta agar PRU-15 disegerakan dan tarikh pembubaran Parlimen diserahkan kepada Ismail Sabri untuk menentukan kesesuaiannya.

“Presiden UMNO hanya nyatakan PRU-15 perlu dipercepatkan saja dan keputusan penetapan tarikh diserahkan kepada Perdana Menteri,” katanya lagi.

Beliau juga percaya pemimpin dan penyokong parti tidak akan melakukan sesuatu yang akhirnya akan merugikan parti.

“Di mana logiknya jika kita nak menuntut supaya PRU-15 disegerakan dalam masa yang sama kita buat tindakan melemahkan parti. Saya tidak fikir itu adalah tindak tanduk pemimpin yang bertanggungjawab,” katanya.

Hasni juga berpendapat, Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak perlu mendesak dan menuntut bila tarikh PRU-15 perlu diadakan, namun sebaliknya terus memantap dan memperkasakan jentera parti.

Untuk rekod, media melaporkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu awal hari ini perbincangan ‘top five’ berhubung menentukan tarikh PRU-15 akan diadakan pada 30 September.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Johor berhak putuskan had umur minimum ADUN, hormat autonomi negeri
June 18, 2022
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok