Hanya 64 MP hadir berhimpun di Dataran Merdeka, mana majoriti 107 yang didakwa?

August 2, 2021 · Politik

Perhimpunan haram pagi tadi di Dataran Merdeka menyaksikan hanya 64 Ahli Parlimen (MP) daripada blok pembangkang yang hadir, ia menimbulkan keraguan terhada dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki majoriti di Parlimen.

Agenda Daily menerima maklumat di lapangan yang mengira setiap MP pembangkang yang hadir dan ternyata dakwaan Anwar yang mengatakan beliau memiliki majoriti adalah palsu semata-mata.

Ketua Pembangkang semasa perhimpunan tersebut mendakwa seramai 107 MP yang menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri (PM), ia bagaimanapun sumber Agenda Daily mendedahkan jumlah kehadiran di Dataran Merdeka hanya 64 MP sahaja yang hadir.

Menurut sumber, jumlah tersebut dianggap terlalu kecil dan tidak mencukupi untuk menabalkan Anwar sebagai PM yang baharu mahu pun menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Putrajaya.

Malah, jumlah MP PKR yang hadir untuk berarak ke Parlimen pagi tadi hanya 24 orang daripada jumlah keseluruhan 35 wakil mereka di Dewan Rakyat.

Wakil rakyat DAP yang hadir pula hanya 22 orang sahaja pagi tadi di Dataran Merdeka, sementara semua wakil Parti Pejuang yang dikemudi Tun Dr Mahathir Mohamad turut serta dalam himpunan pagi tadi kecuali Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh, MP Sri Gading.

Tiga wakil Parti Amanah, Datuk Mohd Anuar Tahir (MP Temerloh), Datuk Dr Mohd Hatta bin Md Ramli (MP Lumut) dan Datuk Dr Hasan bin Bahrom (MP Tampin) juga tidak hadir semasa perhimpunan pagi tadi dan hanya lapan orang MP sahaja yang hadir pagi tadi.

Ini bukan kali pertama Anwar mendakwa sudah memiliki majoriti, sebelum ini Anwar juga pernah mendakwa dirinya memiliki majoriti susulan sepucuk surat sokongan yang ditandatangani Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakannya, Datuk Seri Najib Razak yang dihantar ke Istana Negara.

Anwar juga dalam dua sidang media tahun lalu beria-ria mendakwa memiliki majoriti kukuh untuk dilantik menjadi PM sebelum memalukan dirinya sendiri selepas gagal menunjukkan bukti sokongan dimilikinya.

Berikut senarai Ahli Parlimen yang hadir dan tidak hadir semasa perhimpunan haram pagi tadi:

✅ Hadir ❌ Tidak hadir

PEJUANG
1. Tun Mahathir Bin Mohamed – Langkawi ✅
2. Dato’ Seri Mukhriz Bin Mahathir – Jerlun ✅
3. Dato’ Amiruddin Hamzah – Kubang Pasu ✅
4. Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh – Sri Gading ❌

PKR
1. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim – Port Dickson ✅
2. Wan Azizah Bt Wan Ismail – Pandan ✅
3. Nurul Izzah Bt Anwar – Permatang Pauh ✅
4. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail – Kulim/Bandar Baharu ✅
5. Dato’ Johari Bin Abdul – Sg Petani ✅
6. Abdullah Sani – Kapar ✅
7. Datuk Dr Tan Yee Kew – Wangsa Maju ✅
8. Christina Liew – Tawau ✅
9. Syed Ibrahim Bin Syed Noh – Ledang ✅
10. Sivarasa A/L Rasiah – Sg Buloh ✅
11. Wong Chen – Subang ✅
12. Nik Nazmi Bin Nik Ahmad – Setiawangsa ✅
13. Maria Chin Abdullah – Petaling Jaya ✅
14. Datuk Seri Samsul Iskandar Bin Mat Akin – Hang Tuah Jaya ✅
15. Ahmad Fahmi Bin Mohd Fadzil – Lembah Pantai ✅
16. William Leong Jee Keen – Selayang ✅
17. Akmal Nasrullah – Johor Bharu ✅
18. Nor Azrina Surip – Merbok ✅
19. Karupaiya A/L Mutusami – Padang Serai ✅
20. Dr Azman Ismail – Kuala Kedah ✅
21. Chan Ming Kai – Alor Setar ✅
22. Awang Husaini Sahari – Putatan ✅
23. Fuziah Salleh – Kuantan ✅
24. Prabakaran A/L Paremeswaran – Batu ✅
25. Dr Lee Boon Chye – Gopeng ❌
26. Sim Tze Tzin – Bayan Baru ❌
27. Dr Michael Teo Yu Keng – Miri ❌
28. Kesavan A/L Subramaniam – Sungai Siput ❌
29. Chang Lih Kang – Tanjong Malim ❌
30. June Leow Hsiad Hui – Hulu Selangor ❌
31. Noor Amin bin Ahmad – Kangar ❌
32. Rusnah binti Aluai – Tangga Batu ❌
33. Natrah Ismail – Sekijang ❌
34. Hassan bin Karim – Pasir Gudang ❌
35. Bakhtiar bin Wan Chik – Balik Pulai ❌

DAP
1. Lim Kit Siang – Iskandar Putri ✅
2. Lim Guan Eng – Bagan ✅
3. Fong Kui Lun – Bukit Bintang ✅
4. Sanisvarasa Nethaji Rayer A/L Rajajibrayer – Jelutong ✅
5. M Kulasegaren A/L V Murugeson – Ipoh Barat ✅
6. Gobind Sing Deo – Puchong ✅
7. Ngeh Koo Ham – Beruas ✅
8. Hannah Yeoh – Segambut ✅
9. Kasturi Rani Patto – Batu Kawan ✅
10. Teresa Kok Suh Sin – Seputeh ✅
11. Nga Kor Meng – Teluk Intan ✅
12. Tan Kok Wai – Cheras ✅
13. Charles Anthony Santiago – Klang ✅
14. Steven Sim Chee Keong- Bukit Mertajam ✅
15. Antony Loke Siew Fook – Seremban ✅
16. Ram Karpal Singh – Bukit Gelugor ✅
17. Wong Shu Qi – Kluang ✅
18. Dr Kelvin Yii Lee Wuen – Bandar Kuching ✅
19. Yeo Bee Yin – Bakri ✅
20. Chan Foong Hin – Kota Kinabalu ✅
21. Tony Pua Kiam Wee – Damansara ✅
22. Lim Lip Eng – Kepong ✅
23. Chong Chieng Jen – Stampin ❌
24. Chow Kon Yeow – Tanjong ❌
25. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji – Raub ❌
26. Sivakumar Varatharaju Naidu – Batu Gajah ❌
27. Su Keong Siong – Kampar ❌
28. Khoo Poay Tiong – Kota Melaka ❌
29. Dr Ong Kian Ming – Bangi ❌
30. Teo Nie Ching – Kulai ❌
31. Wong Kah Woh – Ipoh Timur ❌
32. Alice Lau Kiong Yieng – Lanang ❌
33. Oscar Ling Chai Yew – Sibu ❌
34. Wong Ling Biu – Sarikei ❌
35. Mordi Anak Bimol – Mas Gading ❌
36. Wong Tack – Bentong ❌
37. The Kok Lim – Taiping ❌
38. Cha Kee Chin – Rasah ❌
39. Noorita binti Sual – Tenom ❌
40. Wong Hon Wai – Bukit Bendera ❌
41. Pang Hok Liong – Labis ❌
42. Vivian Wong Shir Yee – Sandakan ❌

AMANAH
1. Mohamed Bin Sabu – Kota Raja ✅
2. Salehuddin Bin Ayub – Kulai ✅
3. Mahfuz Bin Omar – Pokok Sena ✅
4. Dr Dzulkifli Bin Ahmad – Kuala Selangor ✅
5. Mujahid Bin Yusuf Rawa – Parit Buntar ✅
6. Khalid Bin Samad – Shah Alam ✅
7. Datuk Hj Hasanuddin Bin Mohd Yunus – Hulu Langat ✅
8. Mohamed Hanipa Maidin – Sepang ✅
9. Datuk Mohd Anuar Tahir – Temerloh ❌
10. Datuk Dr Mohd Hatta bin Md Ramli – Lumut ❌
11. Datuk Dr Hasan bin Bahrom – Tampin ❌

WARISAN
1. Dato’ Seri Shafie Bin Afdal – Semporna ✅
2. Wilfred Madius Tangau – Tuaran ✅
3. Datuk Mohd Azis Bin Jamman – Sepanggar ✅
4. Isnaraissah Munirah – Kota Belud ✅
5. Datuk Ignatius Darrel Leiking – Penampang ❌
6. Datuk Mohamaddin bin Ketapi – Lahad Datu ❌
7. Ma’mun bin Sulaiman – Kalabakan ❌
8. Ahmad bin Hassan – Papar ❌
9. Rozman bin Isli – Labuan ❌

BEBAS
1. Dr Maslee Bin Malik – Simpang Renggam ✅
2. Syed Sadiq Bin Abdul Rahman – Muar ✅

PSB – Sarawak
1. Baru Bian – Selangau
2. Masir Kujat – Sri Aman ❌

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
11 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok