Hantaran FB perkahwinan PH-BN, Saifuddin Nasution kini malu-malu pula

December 6, 2022 · Politik

Selepas dikritik dan menerima kecaman banyak pihak berhubung satu hantaran Facebook, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengaku tersilap dalam menyusun kata-kata pula hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu kini malu-malu pula dengan hantaran menyentuh berhubung perkahwinan politik antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) sehingga menyaksikan terbentuknya sebuah kerajaan campuran.

Jelasnya, susunan ayat dalam hantaran itu kurang tepat, menyebabkan timbulnya kekeliruan dalam mentafsir perspektif sebenar rundingan kerjasama yang berlaku di antara dua parti yang berseteru itu.

Ketika menjelaskan kekeliruan itu hari ini, Saifuddin berkata, rundingan pembentukan kerajaan antara kedua-dua gabungan berkenaan hanya berlaku selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diperoleh.

Namun, katanya, hubungan peribadinya dengan pemimpin utama BN sudah lama berlaku, sekali gus memudahkan rundingan kerjasama diadakan di antara kedua-dua gabungan terbabit.

“Kerjasama perbincangan selepas PRU15 apabila keputusan menyaksikan tiada blok boleh membentuk kerajaan. Namun, hubungan peribadi dengan watak utama politik ‘non PH’ (bukan PH) sudah lama berjalan dan kekeliruan berlaku di situ.

“Sesetengah media memilih (melaporkan) rundingan berlaku sebelum (PRU15). Nanti saya akan perbaiki susunan ayat dalam hantaran di media sosial dan beri perspektif lebih tepat.

“Terima kasih kerana bertanyakan dan bantu saya memberikan perspektif lebih tepat mengenai hantaran berkenaan,” katanya dipetik laporan BH.

Dalam perkongsian menerusi Facebook pada 4 Disember lalu yang mengundang pelbagai persepsi terhadap PH dan BN, mengaku usaha membina kerjasama dengan pemimpin BN sudah lama direncanakan PH.

“Berbeza pandangan ramai, usaha ini bukannya bermula pada tarikh keputusan PRU-15 diketahui pada 19 November lalu.

“Kita sudah lama membaca perubahan lanskap politik negara yang tidak memungkinkan sebuah parti atau gabungan membentuk kerajaan sendiri. Semua parti atau gabungan adalah potensi rakan untuk diajak berunding.

“Saya bertuah kerana pandangan jauh Datuk Seri Anwar yang ikut mendokong pendekatan ini. Pendekatan politik inklusif. Meramaikan kawan dan mengurangkan musuh. Saya diberi peluang dan peranan seluas-luasnya untuk membina rangkaian politik rentas parti selama aktif dalam Keadilan,” kongsinya dalam hantaran Facebook itu.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Tegur DAP pun tak boleh dalam UMNO sekarang, pecat nanti: Isham
December 15, 2023· Politik
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok