Hans Issac yakin menang ketua PKR Ampang, Altimet tak buat andaian

May 26, 2022 · Politik

Dua selebriti, Datuk Hans Isaac dan Altimet, masing-masing mempunyai pandangan berbeza berhubung kedudukan mereka dalam perebutan jawatan ketua PKR cabang Ampang bersama lima pencabar lain.

Ketika pelakon dan penerbit Hans Isaac atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, yakin beliau adalah calon yang sepatutnya menang bagi pemilihan PKR 2022, penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet) tidak meletakkan sebarang jangkaan.

“Saya rasa, saya patut menang. Saya dan pasukan berkhidmat di Ampang dua tahun lebih. Saya tahu sebanyak mana jumlah sokongan akar umbi terhadap saya.

“Kempen yang kami gerakkan juga tidak menghampakan. Malah kami yakin telah menang hati akar umbi kerana setia bersama mereka, bantu mereka ketika waktu-waktu sukar.

“Ya, saya rasa saya miliki sokongan yang mencukupi untuk menang. Namun, apa-apa pun kita serahkan kepada pengumuman rasmi nanti. Kita tunggu dan lihat,” kata Hans Isaac seperti dilapor Utusan.

Menurutnya beliau dan pasukannya menjangkakan kemenangan berpihak kepadanya berdasarkan jumlah undi yang diperolehnya.

“Saya tahu berapa ramai yang undi saya secara dalam talian. Kami juga tahu berapa ramai yang hadir ke dewan untuk undi saya.

“Kami ada datanya dan kami bersedia. Tinggal lagi hanya berharap agar semua berjalan dengan lancar,” katanya.

Sementara Altimet pula tidak meletakkan apa-apa jangkaan, sebaliknya menunggu keputusan rasmi diumumkan.

Beliau yakin semua calon bertanding menerima sokongan yang padu daripada penyokong mereka, setelah masing-masing berkempen secara sihat.

“Pada pandangan saya, semua calon berkempen dengan baik,” katanya.

“Apa-apa pun kita tunggu keputusan undian diumumkan nanti,” ujarnya.

PKR kini mengadakan pemilihan 2022 untuk memilih barisan kepimpinan baharu sebagai persediaan parti komponen Pakatan Harapan itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pemilihan PKR membuka tirainya pada 13 Mei lalu dan berakhir pada 23 Mei menyaksikan persaingan sengit 11,282 calon bagi merebut pelbagai jawatan termasuk jawatan tertinggi parti.

Keputusan pemilihan diketahui pada 29 Mei melalui aplikasi ADIL dan laman web ADIL.

Pemilihan PKR terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat Cabang dan Kongres Nasional.

Pada peringkat Cabang, jawatan yang perlu dipilih ialah Jawatan Utama Pusat, Jawatankuasa Cabang, Jawatankuasa AMK Cabang, Jawatankuasa Wanita Cabang (62 jawatan).

Bagi peringkat kedua atau Peringkat Kongres Nasional, jawatan yang perlu dipilih adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan AMK dan Majlis Pimpinan Wanita membabitkan 60 jawatan dan pengundian akan dibuat oleh Perwakilan di Kongres Nasional Keadilan, Kongres Nasional AMK dan Kongres Nasional Wanita.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok