Hannah Yeoh akal cetek, kata Ketua Penerangan PN Wilayah

September 14, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Segambut daripada DAP Hannah Yeoh yang mengkritik Datuk Seri Rina Harun susulan klip video bersama pelakon dan usahawan terkenal Datuk Rosyam Nor, disifatkan mempunyai akal pemikiran yang cetek.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais berkata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu hanya mempromosikan program kementeriannya di dalam sebuah video.

“Seorang manusia yang jelas akal fikirannya dapat menginterpretasikan video tersebut adalah bertujuan mempromosikan program dan bukan memperlekehkan wanita seperti yang dicanang Hannah Yeoh yang cetek pemikiran.

“KPWKM di bawah kepimpinan Datuk Seri Rina Mohd Harun merupakan antara kementerian yang konsisten dalam memperjuangkan hak-hak wanita tanpa mengira kaum, agama dan bangsa,” katanya mengulas gesaan Hannah supaya Rina meletak jawatan susulan klip video itu.

Menurutnya antara kejayaan yang pastinya meninggalkan kesan dihati rakyat adalah program Wanita Bangkit anjuran KPWKM yang diformulakan untuk membantu ekonomi wanita Malaysia pasca Covid-19, di mana ia telah memberi manfaat kepada hampir 55,000 individu berkelayakan.

Bagaimanapun, Mahathir berkata hal itu tidak terjadi ketika Hannah Yeoh menjadi timbalan menteri di KPWKM, sebaliknya sekadar menumpang populariti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menerajui kementerian berkenaan ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Hannah Yeoh mengatakan dia sedih melihat agensi, pegawai kerajaan dan kumpulan sasar KPWKM seolah-olah dipergunakan.

“Tetapi kenapa tidak bersama-sama untuk membantu kementerian demi kepentingan rakyat,” kata Mahathir dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Hannah Yeoh harus sedar, apabila memegang jawatan timbalan menteri KPWKM, tidak ada sebarang kejayaan yang ada atau boleh dibanggakan dari dirinya ataupun Wan Azizah.

Semalam, Hannah menggesa Rina digugurkan daripada jemaah menteri kerana telah menjatuhkan imej portfolio disandangnya yang mengaitkan wanita “bangun lambat”, dalam video terbaharu dimuat naik di akaun media sosialnya.

Turut mengkritik Ketua Srikandi Bersatu itu ialah Ahli Parlimen Pengerang daripada UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said.

Terdahulu, tular video memaparkan Rina bersama pegawai KPWKM berada di belakang Rosyam yang didakwa mempersendakan golongan wanita dengan menggunakan ayat kurang sopan seperti “suka bangun lambat”, “wanita semua lambat”, “aku nak belasah kepala korang” .

Bagaimanapun, hari ini Rosyam menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan martabat wanita, sebaliknya ungkapan beliau adalah untuk memberi semangat.

“Perkataan bangun lambat itu adalah metafora yang saya gunakan untuk golongan usahawan dan bukannya merujuk kepada para wanita yang lambat bangun tidur,” jelas Rosyam.

Berita berkaitan
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
3 jam lalu· Politik
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
September 29, 2022· Politik
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
September 26, 2022· Politik
Guan Eng bekas Ketua Menteri terowong yang gagal, bidas Shahidan
September 23, 2022· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
1 jam lalu · Politik
Tak boleh hanya PAS dan UMNO sahaja tanpa Bersatu: Abdul Hadi
2 jam lalu · Politik
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
3 jam lalu · Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
3 jam lalu · Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok