Hamzah yakin SPRM tak tahan Muhyiddin hari ini

March 9, 2023 · Politik

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menahan pemimpin utama gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini (Khamis, 9 Mac 2023).

“Saya yakin beliau (Muhyiddin) akan dilepaskan oleh SPRM tengah hari ini.

“Bagaimanapun, ia (penahanan) terpulang kepada SPRM. Kami berharap beliau akan dibenarkan keluar tengah hari ini selepas memberi keterangan kepada SPRM.

“Kami percaya, Presiden kami bersedia untuk menjawab apa jua persoalan dan memberi keterangan sebaik mungkin kepada SPRM,” katanya kepada media di luar Ibu Pejabat SPRM, di Putrajaya sebentar tadi.

Hamzah adalah antara yang berkumpul bersama ratusan pemimpin dan penyokong PN sejak pagi tadi bagi menunjukkan sokongan kepada bekas Perdana Menteri kelapan itu yang dipanggil SPRM.

Katanya, pihaknya percaya Muhyiddin tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti yang didakwa dan dilaporkan media.

Hamzah berkata, beliau dan beberapa pimpinan Bersatu dan PN telah bertemu dan mengadakan beberapa perbincangan bersama Muhyiddin malam tadi.

“Beliau (Muhyiddin) menjelaskan apa yang berlaku dan kami yakin dia tidak lakukan apa-apa kesalahan,” katanya.

Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini jam 11.15 tadi bagi memberi keterangan kepada SPRM dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sementara itu, laungan ‘Hidup Rakyat’ terus bergema sebagai slogan rakyat menentang kezaliman yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Kerajaan PH-BN yang dianggotai PKR, DAP, AMANAH, UPKO, UMNO, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa parti kecil lain, termasuk Bebas.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata tindakan terhadap Muhyiddin adalah cubaan untuk melumpuhkan Bersatu serta PN kerana gabungan PH-BN tidak mempunyai cara lain untuk mengalahkan PN pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang.

“Dan matlamatnya hanya satu.. iaitu cuba melumpuhkan Bersatu dan Perikatan Nasional… kerana mereka (PH-BN) tidak mempunyai cara lain untuk mengalahkan kita dalam Pilihan Raya Negeri yang akan datang di enam negeri itu.

“Jadi ini adalah kerja kotor mereka (PH-BN),” katanya.

Berita berkaitan
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Skandal LCS, PMX kata siasatan tak cukup pula walaupun sudah ada laporan PAC
March 14, 2023· Isu semasa
Muhyiddin minta dibicarakan, pertuduhan tidak melibatkan wang masuk ke akaun peribadi
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
11 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
13 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
17 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
19 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok