Hamzah kekal di Larut, tiga DUN jatuh ke tangan Perikatan Nasional

November 20, 2022 · Politik

Datuk Seri Hamzah Zainudin, calon Perikatan Nasional, mempertahan kerusi Parlimen Larut yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 lalu, dengan majoriti lebih besar.

Hamzah memperoleh majoriti 11,598 undi apabila mendapat 28,350 undi, jauh meninggalkan tiga calon parti lawan dari Barisan Nasional (BN), Syafiq Fhadly Mahmud, yang memperoleh 16,752 undi.

Pada PRU-14, Hamzah yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,486 undi apabila memperoleh 18,184 undi berbanding dua pencabar lain daripada PAS dan PKR.

Dalam pengumuman SPR sebentar tadi, calon Pakatan Harapan, Ustaz Zolkarnain Abidin mendapat 6,207 undi dan diikuti calon Pejuang, Auzaie Fadhlan Shahidi yang meraih 566 undi serta hilang wang pertaruhan.

Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Larut, iaitu Selama, Batu Kurau dan Kubu Gajah turut dimenangi Perikatan Nasional dengan majoriti besar.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mohd Akmal Kamarudin berjaya meraih 10,358 undi bagi mempertahan kerusi DUN Selama dengan 5,358 undi majoriti mengalahkan calon BN, Faizul Rizal Zulkifli yang memperolehi 5,000 undi.

Calon PH, Razali Ismail mendapat 2,343 undi dan calon Bebas, Osman Sidek 61 undi.

Khalil Yahaya mempertahan kerusi DUN Kubu Gajah dengan mendapat 9,868 undi dengan majoriti 4,322 undi dalam pertembungan empat penjuru dengan calon BN, Osman Ahmad (5,546 undi), Rusli Bakar dari PH (1,188 undi) dan calon Pejuang, Fuaddin Kamaruddin (79 undi).

DUN Batu Kurau juga menyaksikan calon PN, Mohd Najmuddin Elias berjaya meraih 8,806 undi dengan 3,218 majoriti, menewaskan tiga pencabarnya iaitu, Saliza Ahmad dari BN (5,588 undi), Muhamad Aiman Azizuddi Md Husin dari PH (2669 undi) dan Zulkifli dari Pejuang (317 undi).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
8 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
7 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
7 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
8 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
11 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok