Hamzah kata penahanan Muhyiddin dirancang, tiba-tiba saja didakwa

March 10, 2023 · Politik

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berpendapat penahanan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), telah dirancang lebih awal.

Mengulas kes melibatkan Presiden Bersatu yang juga Pengerusi PN, beliau berkata ini kerana kebanyakannya adalah pertuduhan yang masih baharu.

“Saya rasa penahanannya telah dirancang kerana kebanyakan pertuduhannya adalah tuduhan baru.

“Tiba-tiba, dia didakwa serta-merta.

“Mereka (SPRM) sepatutnya melakukan siasatan terhadap dakwaan baru itu lebih awal lagi,” katanya selepas hadir pada Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM di Kuala Lumpur hari ini (Jumaat, 10 Mac 2023).

Memetik laporan Mkini, Hamzah turut menyentuh kenyataan Muhyiddin semalam yang bertegas bahawa tidak ada salahnya Bersatu menerima sumbangan, walaupun daripada ahli perniagaan ternama, Syed Mokhtar Al-Bukhary.

“Syed Mokhtar atau mana-mana ahli perniagaan lain boleh menderma kepada mana-mana parti politik yang mereka mahu.

“Perkara ini tidak salah kerana ia bukan masuk ke poket pemimpin parti. Ia untuk kegunaan parti,” kata Hamzah yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Hamzah mendakwa terlalu sedikit dokumen yang ditunjukkan SPRM apabila Bersatu meminta bukti yang membawa kepada penahanan Muhyiddin.

Hamzah juga menuduh kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), terutama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dengan sengaja “membuat pembohongan” untuk menjatuhkan PN.

Menurutnya terdapat banyak percubaan untuk menjadikan pembangkang kelihatan buruk, tetapi menyatakan bahawa kerajaan harus “bermuhasabah diri terlebih dahulu.”

Muhyiddin ditahan SPRM semalam dan hari ini dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan kononnya menyalahgunakan kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata Bersatu berjuang demi setiap rakyat Malaysia tanpa mengira umur, bangsa dan latar belakang.

“Kami sebenarnya parti yang ditujukan untuk semua orang, terutama generasi muda. Mereka sudah pun bersama kita. Kami untuk negara, bukan satu kaum tetapi setiap kaum.

“Itulah sebabnya kita ada Gerakan dan sayap Bersekutu kita. Saya tahu kami tidak mempunyai kumpulan India tetapi kami terbuka untuk mengalu-alukan mereka,” kata Hamzah.

Katanya, Bersatu bersifat “inklusif, tidak seperti pihak tertentu yang eksklusif dan memenuhi keperluan golongan elit.”

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
21 jam lalu · Politik
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
39 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok