Hamzah bidas Mat Maslan jangan rasa besar sangat, cuba adu domba

May 28, 2022 · Politik

Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini membidas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyifatkan Bersatu lemah apabila Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin keluar parti itu Khamis lalu.

Setiausaha Agung Bersatu itu turut mengingatkan Ahmad supaya tidak cuba mengadu domba kerana kerajaan yang ada sekarang mewakili pelbagai parti.

Menurutnya keputusan individu yang keluar tidak ada kena mengena dengan parti dan Bersatu masih merupakan parti yang kuat serta mempunyai wakil dalam barisan Kabinet.

“Jangan cuba nak mengadu domba kerana Yang Amat Berhormat menjadi Perdana Menteri. Itu kedudukan jumlah yang ada dengan beliau, hanya sedikit saja.

“Yang lain-lain itu daripada parti-parti lain. Saya nak mengingatkan kepada Ahmad Maslan, jangan rasa besar sangat,” katanya menurut laporan Awani. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Stadium Indera Mulia Ipoh, hari ini.

Semalam, Ahmad dilaporkan menyifatkan tindakan Zuraida meninggalkan Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), menunjukkan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah.

Khamis lalu, Zuraida mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi selepas melompat parti daripada Bersatu ke PBM.

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut mengingatkan bahawa perjanjian pembahagian anggota Kabinet telah dipersetujui semua parti sebelum tampuk kepimpinan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ketegasan dalam perjanjian itu menyatakan apabila berlaku seorang dalam kalangan mereka keluar parti atau meletak jawatan, maka kedudukan itu perlulah diganti daripada wakil parti itu sendiri.

“Kerajaan yang ada pada hari ini bukan hanya kerajaan daripada satu parti sahaja, contohnya Barisan Nasional (BN) ada berapa ahli Parlimennya menyokong Perdana Menteri begitu jugalah dengan parti lain termasuk Bersatu.

“Maka mereka kenalah terima hakikatnya bahawa ada perjanjian telah dibuat sebelum kita bersetuju beri tampuk kepimpinan kepadanya untuk dilantik Perdana Menteri,” katanya.

Menurutnya beliau sedar banyak pihak terutama dalam kalangan pemimpin UMNO kurang senang dengan tindakan Bersatu menamakan wakil menggantikan tempat Zuraida kerana mengatakan pelantikan menteri adalah hak prerogatif Perdana Menteri.

Bagaimanapun katanya, tindakan Muhyiddin mahu bertemu Perdana Menteri untuk menamakan seorang wakil parti adalah tindakan wajar kerana mengikut persetujuan awal yang disepakati.

“Saya nak maklumkan juga bahawa sudah ada perjanjian sebelum kita bekerjasama lagi. Perjanjian bahawa mereka yang dilantik dalam Kabinet adalah jumlah yang dipersetujui oleh Perdana Menteri dan Muhyiddin, ini adalah satu ketegasan yang sudah dicapai,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
2 jam lalu· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok