Hamzah bidas blok pembangkang gesa buka Parlimen tak kena masa

June 4, 2021 · Politik

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin membidas gesaan pemimpin blok pembangkang, termasuk beberapa pemimpin kanan UMNO, yang mahu Parlimen bersidang dengan segera.

Katanya, disebabkan persidangan Dewan Rakyat akan membabitkan lebih 1,000 individu dalam satu-satu masa, maka Parlimen bukan tempat yang selamat daripada pandemik Covid-19 sekarang ini.

“Biasanya, dalam empat hari berturut-turut bersidang di Parlimen, berapa ramai orang ada di Parlimen? Pertama, ahli-ahli Parlimen. Kedua, pegawai ahli-ahli Parlimen. Ketiga, pegawai kerajaan. Keempat, kakitangan Parlimen. Kelima, kakitangan kafeteria, pemandu dan lain-lain.

“Ini melebihi 1,000 orang. Kalau mereka ini duduk dari pagi sampai petang, ini akan menjadi hotspot Covid-19. Kalau kita kawal sekarang ini, tidak adalah kluster,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Hamzah bagaimanapun terbuka untuk mengadakan sidang Parlimen, tetapi ia mesti dipastikan bahawa sidang itu diadakan dalam keadaan selamat.

“Mesti ada kajian betul, jangan ikut perasaan, ini yang jadi masalah kepada kita. Yang penting semua dapat vaksin dan apabila dapat imuniti kelompok apa yang akan berlaku adalah pembukaan Parlimen, boleh buat perjumpaan boleh buat sidang Parlimen,” katanya.

Agenda Daily terdahulu melaporkan meskipun negara masih berhadapan dengan peningkatan kes Covid-19 yang saban hari menunjukkan angka yang menakutkan, pemimpin blok pembangkang seolah-olah kebal dengan pandemik itu malah mendesak Parlimen agar segera dibuka.

Menerusi satu kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), mereka mempamerkan sikap tanpa segan silu untuk bermain politik malah menuduh secara semberono apa yang berlaku ketika ini disebabkan kegagalan kerajaan.

Menurut mereka, Parlimen perlu segera dibuka bagi membetulkan segala kecelaruan yang berlaku ketika ini walaupun realitinya saban hari pemimpin PH berpolitik dan meghasut rakyat supaya melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Malaysia ketika ini sedang melalui tempoh Darurat selepas Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menggunakan kuasa Baginda berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan perintah tersebut.

Baginda yakin bahawa Darurat ini merupakan langkah paling berkesan buat masa ini bagi menghadapi pandemik Covid-19 yang kini mencecah angka yang sangat membimbangkan dalam negara.

Tempoh Darurat ini berkuat kuasa sehingga 1 Ogos 2021 atau satu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid- 19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Berita berkaitan
UMNO Terengganu berkempen untuk calon sendiri, bukan PAS
12 jam lalu· Politik
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
15 jam lalu· Politik
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
22 jam lalu· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
22 jam lalu· Politik
Popular
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
September 28, 2022
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
September 28, 2022
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
3 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
6 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
7 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
10 jam lalu · Politik
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok