GTA mahu Hamid Bador lawan Tok Mat di Rembau

October 17, 2022 · Politik

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador disebut-sebut sebagai calon Gerakan Tanah Air (GTA) menentang Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail berkata nama Abdul Hamid dan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri termasuk dalam senarai yang dicadangkan sebagai calon gabungan itu.

Katanya, Ahmad Idham yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan dicadangkan menjadi calon di kerusi Parlimen Port Dickson.

“Kedua-dua nama individu berkenaan termasuk dalam senarai yang saya bawa ke peringkat pucuk pimpinan sebagai calon GTA Negeri Sembilan menerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

“Keputusan sama ada Abdul Hamid terpilih calon bertanding di Parlimen Rembau dan Ahmad Idham bagi kerusi Parlimen Port Dickson akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti,” katanya.

Menurut Mohamad Jani, Abdul Hamid merupakan calon terbaik GTA untuk Parlimen Rembau bagi menentang Tok Mat.

“Kita (GTA) perlu letakkan nama besar seperti Abdul Hamid dan Ahmad Idham untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya kali ini,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PN umum Tuan Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di DUN Pahang
December 6, 2022· Politik
Kerisauan calon Melayu diperguna DAP
November 15, 2022· Rencana
Bolehkah calon muda PRU pikul tanggungjawab besar?
November 13, 2022· Politik
Signifikan wanita dalam PRU-15, penentu kemenangan
October 25, 2022· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
3 minit lalu · Politik
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
2 jam lalu · Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu · Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
20 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok