Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar

March 20, 2023 · Politik

Pemimpin kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dilihat menjadikan isu ekstremis dan Islamofobia untuk menyalahkan pihak lawan, sedang hala tuju untuk membantu rakyat semakin tersasar.

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya berkata keadaan ini berlaku kerana kerajaan PH-BN pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mempunyai dasar yang coherent, substantif serta bersepadu dalam menyelesaikan masalah asas rakyat.

Kerajaan PH-BN dianggotai DAP, PKR, AMANAH, UPKO, UMNO, MIC, MCA, PBRS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa calon Bebas.

Beliau turut mengingatkan pihak tertentu agar tidak berterusan menyalakan api Islamofobia dengan tuduhan yang melulu terhadap mereka yang memperjuangkan agama.

“Gesaan seorang pemimpin utama PKR menyerang golongan yang berpolitik berpandukan agama ibarat menentang seruan yang dianjurkan di dalam al-Quran sendiri.

“Sayugia diingatkan bahawa Islam adalah agama bernegara dan politik adalah jalan mentadbir urus negara dengan agama. Politik menjadi tunjang agama malah sebahagian besar Rasul dan sahabat utama Nabi SAW merupakan ahli politik. Justeru, tidak layak bagi seseorang memperkecilkan hubungan politik dan agama,” katanya dalam kenyataan hari ini (20 Mac 2023).

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu dipercayai merujuk kenyataan Setiausaha Agung PKR, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Kongres Nasional Khas PKR kelmarin.

Dalam kongres itu Saifuddin dipetik sebagai berkata:

“Hari ini kita boleh tengok di kalangann politik pembangkang apabila Raja dan Sultan menganjurkan supaya masjid jangan digunakan sebagai pentas politik, seorang pemimpin pembangkang tanpa rasa bersalah kata akan teruskan ceramah politik dalam masjid kerana dalam Islam ada politik. Memang dalam Islam ada politik, tapi kita dituntut berpolitik secara agama, bukan mempolitikkan agama.”

Mengulas lanjut Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata beliau tidak hairan bagaimana Islamofobia cuba dihalakan kepada perjuangan Islam dengan pelbagai alasan yang direka-reka.

“Kita sedar mereka cuba mensudutkan perjuangan agama dengan gelaran ekstremisme yang menyeleweng. Tuduhan ekstrem dan usaha membangkitkan Islamofobia oleh pemimpin lawan adalah ‘grand design’ ke arah Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung.

“Kesemua ini dilakukan demi memastikan ‘swing voters’ selepas kekalahan besar PH dalam kalangan pengundi muda dan Melayu-Islam. Bagaimanapun, ia tidak mampu mengubah perspektif rakyat yang menilai prestasi semasa Kerajaan Persekutuan secara objektif,” katanya.

Berita berkaitan
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
12 jam lalu· Politik
Rafizi kata tak tahu wujud tawaran kepada PAS sertai kerajaan campuran
May 28, 2023· Politik
Jangan perasan, Zahid sindir Hadi
May 28, 2023· Politik
Cabaran BN-PH kekal prestasi PRN 2018 : Merdeka Centre
May 28, 2023· Politik
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
9 jam lalu · Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
14 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
16 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
2 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok