Hakikatnya Zahid pun diheret ke mahkamah atas kehendak Allah

December 20, 2021 · Politik

Memetik laporan Malaysiakini kelmarin, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menggelar kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai zalim dan mendakwa parti itu dianiaya selama 18 bulan pentadbiran gabungan berkenaan.

Dia yang kini dikenakan puluhan tuduhan jenayah, termasuk rasuah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum pakatan parti itu kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 lalu, juga dilaporkan berkata kerajaan PN tumbang kerana kehendak Allah.

Malaysiakini melaporkan:

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggelar kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai zalim dan mendakwa Umno dianiaya selama 18 bulan pentadbirannya.

“Berucap ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Bagan Datuk hari ini, Ahmad Zahid berkata kerajaan PN sebelum ini tumbang kerana kehendak Allah.

“Kita mahu kerajaan 18 bulan itu ditukar atas kezaliman, kebejatan, kelemahan yang dilakukan,” katanya.

“Ucapan itu disusuli petikan daripada ayat 26 surah Ali Imran yang bermaksud bahawa Allah merupakan pemilik segala kekuasaan dan memberikan kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.”

Untuk rekod, PN dianggota Bersatu, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Gerakan, serta mendapat sokongan beberapa Ahli Parlimen Bebas.

Sama ada kenyataan Zahid bahawa Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar zalim atau tidak, hakikatnya rakyat mengetahui PN telah membela nasib mereka dengan menyalurkan berbilion-bilion ringgit bantuan, khusus kepada orang miskin, susulan pandemik Covid-19.

Puluhan bilion ringgit disediakan Kerajaan PN untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19, termasuk membeli lebih 55 juta vaksin, selain memberi Bantuan Khas Covid-19 berjumlah RM4.6 bilion kepada rakyat.

Sementara Kerajaan PN juga turut dianggotai UMNO, Zahid dan beberapa pemimpin parti itu seperti Najib Razak, dan Asyraf Wajdi Dusuki menjadi panglima perang media sosial dengan memporakperandakan politik tanah air, dalam keadaan rakyat berdepan pandemik Covid-19.

Ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini, Muhyiddin tanpa menamakan sesiapa pun, pernah mendedahkan ada pihak tertentu yang meminta beliau campur tangan membebaskan beberapa pemimpin yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Walaupun tidak memaklumkan siapa yang dimaksudkan itu, rakyat faham bahawa individu terbabit adalah daripada ‘Kluster Mahkamah’ yang antaranya termasuk Zahid dan Najib.

Tidak dinafikan, apa sahaja yang berlaku di atas dunia ini adalah atas kehendak Allah. Lihat sahaja kekuasaan Allah menjadikan tangan dan mulut sebagai sahabat paling setia. Tangan membawa makanan ke mulut dan secara automatik mulut akan terbuka. Semuanya kehendak Allah.

Adakah Zahid hendak menafikan apa yang berlaku ke atasnya dan rakan baiknya, Najib, sebagai bukan kehendak Allah? Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi dalam kes SRC International Sdn Bhd, juga atas kehendak Allah.

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman itu juga adalah kerana kehendak Allah. Memang hakikatnya, apa yang berlaku di atas dunia ini adalah atas kehendak Allah.

Jika Zahid menyedarinya, dia seharunya tahu bahawa di atas perbuatannya memakan rasuah (berdasarkan bukti dikemuka di mahkamah) sebelum ini maka atas kehendak Allah juga dia diheret ke dua Mahkamah Tinggi di Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Zahid pernah memegang jawatan TPM kerajaan BN selama kira-kira 33 bulan dan kini berdepan tuduhan jenayah di dua Mahkamah Tinggi.

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Pengerusi BN itu berdepan 40 tuduhan menerima suapan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) kerajaan.

Sebanyak 33 pertuduhan adalah berkaitan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Tujuh pertuduhan lagi, Presiden UMNO itu didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan Yayasan Akalbudi.

Dua belas daripada pertuduhan itu membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan wang berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada 19 Mac lepas, pendakwaan telah menutup kesnya selepas memanggil 99 saksi.

Mungkin bagi Zahid, Kerajaan PN zalim kerana tidak menyelamatkannya daripada puluhan tuduhan jenayah di dua Mahkamah Tinggi itu.

Kesimpulannya, tidak perlulah Zahid bercakap mengenai kehendak Allah, kerana sememangnya Tuhan Yang Maha Berkuasa itu lah yang menentukan segala-galanya.

Atau sememangnya Zahid perlu memberi tazkirah kepada ahli UMNO bahagiannya yang tidak tahu bahawa selama ini apa yang berlaku di atas dunia ini semuanya dengan kehendak Allah?

Zahid juga patut memberitahu ahli UMNO bahagiannya bahawa tangannya lah yang akan menjawab di akhirat nanti sama ada dia mengambil rasuah atau tidak.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok