Hak PAS untuk tawar kerusi kepada Tajuddin, kata Faizal

June 25, 2022 · Politik

PAS berhak untuk menawarkan kerusi kepada Ahli Parlimen Pasir, Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang baharu disingkir daripada jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO baru-baru ini.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu berkata terpulang kepada PAS untuk memberi laluan kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu bertanding sekiranya tidak terpilih bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Saya tak boleh komen perkara yang tidak melibatkan saya, itu hak pucuk pimpinan. Kami tak ada bincang perkara itu, tak terlibat dengan apa yang berlaku dalam parti orang lain.

“(PAS tawar Tajuddin kerusi bertanding) Itu terserah pada PAS, itu hak mereka untuk memberi pandangan, bagi Bersatu kami tak bincang pun tentang perkara itu,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, parti itu bersedia menawarkan Tajuddin bertanding mewakili PAS jika Pasir Salah menjadi milik parti dalam pembahagian kerusi bersama Perikatan Nasional (PN).

Razman berkata, tawaran itu tidak bermaksud PAS mahu mencampuri urusan atau kemelut dalaman mana -mana parti.

“Apabila digugurkan daripada MT UMNO, tentunya Tajuddin tidak akan diberi peluang dalam BN untuk bertanding pada PRU-15, jadi PAS Perak sedia untuk menawarkan kerusi Pasir Salak kepada beliau atas tiket PN bagi mewakili PAS,” kata Razman.

Tajuddin digugurkan daripada MT UMNO pada Khamis lalu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengguguran Tajuddin disebabkan tindak-tanduk beliau ketika mengkritik parti.

Berita berkaitan
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
15 jam lalu· Politik
Soal keselamatan diteliti sebelum audit skandal LCS didedahkan: Wan Junaidi
19 jam lalu· Isu semasa
Zahid ajak akar umbi pertahan ‘Raja Media Sosial’ Najib
21 jam lalu· Politik
Tolong buktikan pemimpin UMNO terlibat dalam skandal LCS, kata Pemuda
24 jam lalu· Politik
Popular
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
August 17, 2022
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
August 17, 2022
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
August 17, 2022
PRU-15: PAS, UMNO setuju elak pertembungan di 27 kerusi ‘muafakat’
August 17, 2022
Lagi Politik terkini
PAS hanya mahu menumpang kekuatan UMNO: Mustapha
33 minit lalu · Politik
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
13 jam lalu · Politik
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
15 jam lalu · Politik
‘Mengarut Ismail Sabri desak pegawai awam pertahan kerajaan dia’
19 jam lalu · Politik
PRU-15: PAS, UMNO setuju elak pertembungan di 27 kerusi ‘muafakat’
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok