Hajiji menghadap Juhar: Lima ADUN UMNO kecam tindakan Bung Moktar

January 7, 2023 · Politik

Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Hajiji Noor dijangka mengekalkan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO dalam rombakan Kabinetnya, walaupun parti itu pada peringkat negeri menarik sokongan terhadapnya.

Ini kerana kelima-lima ADUN terbabit telah mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada Hajiji sebagai KM yang sah di sisi Perlembagaan Negeri Sabah.

Mereka juga turut mengecam tindakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menarik sokongan kepada Hajiji, dan mendesak beliau meletak jawatan.

Lima ADUN itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat); Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk James Ratib (Sugut); Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk); dan Datuk Yusof Yacob (Sindumin).

Mereka adalah antara 18 ADUN BN Sabah, tetapi hanya 13 sahaja yang menyokong tindakan Bung Moktar menarik sokongan terhadap Hajiji.

Dalam kenyataan bersama petang ini, lima ADUN UMNO itu melahirkan kekecewaan di atas tindakan Bung Moktar dan ADUN parti itu yang lain, yang menarik sokongan kepada Hajiji dan gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kami melahirkan rasa terkilan dan kesal kerana Sabah dan rakyatnya sekali lagi diheret ke dalam krisis politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Bersama-sama rakyat Sabah, kami berpegang teguh dengan kepercayaan bahawa ini bukan masanya untuk merebut kuasa politik. Sebaliknya, sudah tiba masanya untuk bersatu agar kerajaan negeri sekarang dan semua pihak dapat terus menumpukan masa, tenaga dan sumber untuk memulih dan memajukan ekonomi negeri serta meningkatkan taraf hiduprakyat.

“Kami telah dikejutkan oleh tindakan beberapa pihak tertentu khususnya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah yang telah berusaha menjatuhkan kerajaan negeri Sabah yangsah.

“Sesungguhnya kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan dengan ini kami mendesak agar beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dengan serta-merta kerana tindakan tersebut mencemarkan nama baik parti,” kata mereka.

Sementara itu, Utusan melaporkan ADUN Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon turut dikhabarkan bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri yang baharu bagi menggantikan Bung Moktar.

Terdahulu, Hajiji menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dalam pertemuan hampir sejam di Istana Negeri Sabah petang tadi (7 Januari 2023).

Kenderaan membawa Ketua Menteri Sabah itu dilihat memasuki pekarangan Istana Negeri pada jam 4.20 petang. Pertemuan itu berkemungkinan berkaitan dengan rombakan Kabinet Negeri Sabah yang dijangka pada Isnin ini.

Hubungan kerjasama GRS-BN mula dibentuk sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020 di mana ketika itu Hajiji masih menjadi Ketua Bersatu Sabah, parti komponen Perikatan Nasional.

Pada PRU-15 lalu, GRS dan BN terus bekerjasama, namun selepas itu Hajiji bersama ADUN Bersatu memutuskan untuk keluar parti, tetapi mendakwa menjadi ahli terus GRS.

Sementara itu, rombakan yang berlaku itu dipercayai akan turut melibatkan penyertaan ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam Kabinet Negeri.

Antara nama yang disebut-sebut akan menyertai Kabinet Negeri adalah ADUN Api-Api, Datuk Christina Liew bagi menggantikan Setiausaha BN Sabah, Datuk Jafry Ariffin sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Sebelum ini, BN dan Warisan didakwa ingin bekerjasama bagi membentuk kerajaan baharu namun, ketika ini jumlah sokongan daripada kedua-dua parti itu masih belum mencukupi untuk merampas kerajaan.

Berita berkaitan
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
7 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
17 jam lalu· Isu semasa
Warisan desak SPRM siasat tiga bekas ADUN lompat parti sokong Hajiji
17 jam lalu· Politik
PM dan pemimpin PH bermesyuarat di ibu pejabat UMNO, Asyraf Wajdi sambut
18 jam lalu· Politik
Popular
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Dicabar dedah penyata akaun, DAP kata enggan layan cabaran Bersatu
February 7, 2023
Lagi Politik terkini
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
36 minit lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
2 jam lalu · Politik
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
3 jam lalu · Politik
PH, BN bergabung hadapi PRN
14 jam lalu · Politik
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
6 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok