Hadir PAU 2023 bermaksud reda dengan pengkhianat : Tun Faisal

June 6, 2023 · Politik

Kehadiran ahli ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 bermaksud mereka reda dengan pengkhianat serta menyokong tindakan mencemarkan parti Melayu itu.

Demikian reaksi bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyentuh soal alasan beliau tidak mahu hadir ke PAU yang dijadualkan bermula esok.

“(Saya) tidak mahu ‘endorse’ dan menghalalkan tindakan pengkhianat dan broker DAP atau jajaran baharu. Hadir di PAU2023 bermaksud reda dengan tindakan pengkhianat dan broker jajaran baru serta menyokong tindakan-tindakan mereka mencemarkan UMNO.

“Kenyataan (Datuk Seri) Ahmad Maslan sudah membayangkan kemungkinan-kemungkinan naratif yang akan digunakan sepanjang PAU2023 untuk menghalalkan pengkhianatan mereka terhadap pengundi tradisi UMNO dan pejuang-pejuang UMNO serta pejuang-pejuang kemerdekaan negara” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau menolak dirinya berperwatakan seperti Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Lokman Nor Adam.

“Saya bukan seperti Lokman Adam yang hari ini, boleh berceramah membongkar kisah Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim)…mendakwa kemenangan Anwar akan membawa bala dan sebagainya tetapi secara tiba-tiba selepas PRU-15 boleh pula menyokong Anwar dan membodeknya.

“Saya juga bukan seperti Puad Zarkashi yang semasa di JASA boleh berceramah dan mengeluarkan buku mengenai ‘Bahaya DAP’ tetapi boleh pula menjadi broker jajaran baharu dan memberi pelbagai alasan untuk menghalalkan kerjasama UMNO dengan DAP. Ini kemunafikan yang nyata namanya,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyifatkan UMNO tidak lagi dapat diselamatkan selagi dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Zahid telah ditolak oleh rakyat dan pengundi tradisi UMNO termasuklah di Bagan Datuk sendiri. UMNO sudah tiada. Yang ada hanya UMDAP yang perjuangan sejumlah besar pemimpinnya adalah untuk menyelamatkan individu demi tengkuk dan tembolok sendiri.

“Sebilangan mereka ini juga telah mengenepikan perjuangan Islam dan ummah serta menolak agenda permuafakatan ummah,” katanya.

Selain itu, beliau mendakwa PAU 2023 akan menjadi medan penyucian dan penyamakan dosa-dosa DAP, PKR dan bekas banduan penjenayah liwat yang selama ini ditentang oleh UMNO disebabkan ideologi dan juga tindakan mereka selama ini yang menentang peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan merosakkan keharmonian hubungan kaum dan agama di dalam negara ini

“Termasuklah perjuangan Malaysian Malaysia mereka, sokongan mereka terhadap pengganas parti komunis malaya dan pengganas LTTE, LGBTQ, gejala murtad, agenda mereka untuk mensekularkan Perlembagaan Persekutuan dan banyak lagi,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
21 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok