Hadi yakin Shahidan mampu bawa gelombang baharu PN tawan Perlis

November 5, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) yakin Datuk Seri Shahidan Kassim mampu membawa satu gelombang besar kepada gabungan itu untuk menguasai Perlis dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November ini.

Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak akan turun padang berkempen di kawasan Parlimen P003 Arau, kerusi di mana Shahidan bertanding atas tiket PN.

Menurutnya beliau akan turun ke seluruh negara untuk membantu kempen calon PN yang bertanding pada PRU-15.

Bagaimanapun, katanya, Parlimen Arau tidak termasuk dalam jadual program turun padang kerana yakin akan kemampuan Shahidan dan penyokong PN di Perlis, yang sebelum ini menjadi kubu kuat Barisan Nasional.

“Kita yakin dengan kemampuan Shahidan untuk membawa gelombang Perikatan Nasional di Arau dan Perlis,” katanya kepada media selepas menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Marang, hari ini (Sabtu, 5 November 2022).

Pada masa sama, Abdul Hadi yang juga Presiden PAS mengesahkan tiada calon gabungan itu yang menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, semua calon yang disenaraikan untuk bertanding termasuk 64 daripada PAS menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di seluruh negara.

Terdahulu, Abdul Hadi yang juga penyandang kerusi Parlimen Marang yang diiringi 1,000 penyokong tiba di pekarangan Pusat Penamaan Calon, kira-kira jam 8.48 pagi.

Pada PRU14, Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 21,749 undi menewaskan calon BN, Mohamad Nor Endot dan Zarawi Sulong (PKR).

Pada PRU15, Abdul Hadi dicabar tiga calon iaitu Jasmira Othman daripada BN, Azhar Ab Shukur (PH) dan Zarawi Sulong (Pejuang).

Mengulas mengenai kempen, Abdul Hadi berkata jentera pilihan raya PAS diminta mengamalkan kaedah berkempen secara berhemah dan tidak melakukan sebarang provokasi.

“Saya sudah memberi taklimat kaedah berkempen dan semua jentera diminta mengutamakan agenda perpaduan ummah bertujuan menyatukan umat Islam dan Melayu,” katanya.

Berita berkaitan
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Kerajaan bincang wujudkan lesen bagi Google, Meta dan TikTok
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok