Hadi nafi kata Anwar Freemason

October 26, 2022 · Politik

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menafikan beliau pernah menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘ahli Freemason sedunia’.

Beliau berkata pihaknya tampil membuat penafian itu berikutan tular video ucapan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa Presiden PAS itu menuduhnya demikian.

“Pihak kami dengan ini terpanggil untuk menafikan dakwaan tersebut, malah untuk rekod Presiden PAS tidak pernah mengungkapkan tuduhan yang dikatakan itu,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini (26 Oktober 2022).

Abdul Hadi berkata menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan, PAS tetap menolak budaya politik fitnah, janji kosong dan tuduhan palsu yang tidak berasas.

“Benarlah pepatah Arab yang berbunyi, ‘dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi saya, dia pula yang mengadu dizalimi.’,” katanya.

Anwar dalam beberapa siri ceramahnya menjelang PRU-15 mengetengahkan isu surat Abdul Hadi kepada beberapa pemimpin Islam pasca PRU-14 bagi menafikan kaitannya dengan Freemason.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
December 1, 2022· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022· Politik
Jangan ugut penjawat awam kerana dendam politik: Wan Saiful
November 29, 2022· Politik
Dulu bukan main menentang rasuah, kini bergabung dengan perasuah: Hadi
November 29, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu · Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
11 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok