Hadi kata UMNO ibarat itik patah kaki lepas sembuh tinggalkan PAS

January 28, 2022 · Politik

PAS memberi amaran kepada UMNO berhubung batasan dalam perjuangan politik, ketika Perikatan Nasional (PN) turut mengingatkan parti itu supaya tidak mengambil kesempatan terhadap sokongan yang diberikan, dengan membuat keputusan sesuka hati mereka.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengibaratkan UMNO sebagai itik yang telah patah kaki pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), namun lupa daratan apabila telah sembuh.

“Kita bukan nak ajar itik berenang. Nak selamat itik yang patah kaki… ada yang patah kaki. PRU14. Selamatkan itik patah kaki. Bukan nak ajar berenang.

“Malangnya bila kaki dah sembuh, dia nak bergerak sendiri. Nak tinggal kita. Jadi itu satu benda yang tidak bermoral,” katanya pada sidang media di luar Masjid Rusila hari ini. Klip video sidang media itu dimuat naik dalam laman Facebook beliau.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata strategi untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah disusun dan diatur oleh Kluster Mahkamah yang kalah pada PRU14 dan tidak ada jawatan dalam Kabinet.

“Yang buat strategi ini (PRN Johor) adalah kluster mahkamah. Kluster yang kalah PRU14….yang tak ada jawatan (dalam Kabinet)… bukan semua dalam UMNO.

“Kluster mahkamah ini kita tak anggap dia bersalah. Orang yang dituduh belum bersalah. Kalau kita ada moral lawan di mahkamah jangan susahkan rakyat.

“Nak selamatkan diri, susahkan rakyat. Lawan di mahkamah lah. Kalau kita betul, jangan takut. Kemudian, yang telah kalah pilihan raya, tunggu pilihan raya… kena sabarlah,” tegas Hadi lagi.

Hadi turut mengingatkan bahawa Kerajaan Pusat sekarang ini didominasi oleh PN dengan PAS mewakili 18 kerusi, Bersatu (30) dan Sarawak (lapan), selain pemimpin UMNO di dalam Kabinet yang tidak setuju dengan langkah mengadakan PRN.

“Jadi saya nak beritahu… bagi PAS di mana kita ada batasan. Ada sempadan. Jangan buatlah (PRN) negeri-negeri ini. Kalau nak buat lagi kita ada strategi kita. PAS ada kekuatan sendiri,” katanya.

Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) sudah tidak relevan lagi dan disebabkan itu maka diwujudkan Perikatan Nasional (PN)

Pada masa sama beliau mengulangi pendirian PAS untuk terus meneguhkan Muafakat Nasional dan PN dengan membentuk perpaduan PAS, UMNO dan Bersatu serta parti majmuk lain.

Semalam, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan gabungan itu kepada Kerajaan Pusat masih kekal buat masa ini, tetapi beliau memberi peringatan supaya UMNO tidak mengambil kesempatan terhadap sokongan yang diberikan tersebut dengan membuat keputusan sesuka hati mereka.

Beliau berkata ketika ini kedudukan Kerajaan Pusat masih ‘status quo’, namun tindakan UMNO membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor adalah mengecewakan kerana membelakangkan parti yang bersama dalam pembentukan kerajaan negeri Johor.

Muhyiddin turut mengingatkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah disebabkan sokongan yang diberikan PN dan bukannya kerana sokongan pembangkang yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). Berita berkaitan

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Baiknya ultra kiasu, mereka dapat terima ‘madani’, sindir Ridhuan Tee
January 23, 2023
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok