Hadi diberi status menteri walau tak kerja kata Razlan

October 17, 2022 · Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii mendakwa kerajaan terpaksa memberi jawatan berstatus menteri kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang demi mendapatkan sokongan parti Islam itu lapor Malaysiakini.

Tegasnya, bagi mewujudkan kerajaan yang stabil sesebuah pentadbiran tidak boleh dibina atas percaturan politik semata-mata.

“Kamu bayangkan, seorang yang berjawatan presiden parti, tidak mampu bekerja untuk negara tetapi terpaksa diberi tempat disebabkan dia presiden parti. Seperti Hadi Awang. Beliau terpaksa diberi tempat berjawatan bertaraf menteri disebabkan pencaturan politik.

“Disebabkan kita nak dia (PAS) punya sokongan, kita bagi dia tempat. Walaupun tidak ada kerja yang dia buat, tetapi terpaksa bagi sebab perlukan sokongan dia dan ada banyak juga perkara-perkara itu terjadi,” katanya yang akui terguris dengan tindakan PAS memutuskan kerjasama dan memilih memperkukuh kerjasama dengan PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Razlan turut mendakwa perkara sama dilakukan oleh pentadbiran Pakatan Harapan ketika memerintah selama 22 bulan.

Menurut laporan tersebut, dakwaaan lantikan politik atas dasar kroni dalam penjawatan kerajaan turut dilemparkan kepada UMNO sebelum ini malah ada yang mendakwa pentadbiran BN yang memulakan amalan sedemikian.

Namun Razlan menegaskan perkara tersebut tidak pernah berlaku ketika BN memerintah.

“Ini tak pernah berlaku dalam masa 60 tahun, 70 tahun kita merdeka. 60, 70 tahun kita (BN) memerintah tak pernah berlaku perkara ini. Jadi inilah yang kita cuba hentikan.

“Kenapa BN istiqamah dan dan fokus untuk pergi kepada solo? Sebab kita tak nak pentadbiran (kerajaan gabungan dengan PN) ini membelenggu kita untuk mentadbir negara,” katanya.

Menyentuh soal hubungan UMNO dengan Bersatu, Razlan menyifatkan ia seolah-olah hubungan PAS dengan parti serpihannya, Amanah yang menyebabkan perpecahan dalaman parti.

Bagaimanapun, Razlan melahirkan yakin parti Melayunya itu akan meraih mandat besar pada PRU15 ini bagi membolehkan parti itu menubuhkan kerajaan tanpa kerjasama dengan PAS.

“Tidak bersama dengan PAS, insya-ALLAH UMNO-BN boleh menubuhkan kerajaan. Bersama dengan PAS, insya-ALLAH kita boleh mewujudkan 3/4 kemenangan kerusi, itu saja.

“Sebab itu kita buka kepada mereka untuk bersama dengan kita. Jadi, adakah salah Umno buat? Umno tak salah buat,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
8 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
35 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok