Hadi beritahu rakyat Malaysia PN cukup sokongan bentuk kerajaan

November 21, 2022 · Politik

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa Perikatan Nasional sudah mempunyai lebih daripada sokongan ahli Parlimen yang diperlukan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar kediaman Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bukit Damansara, hari ini (21 November 2022).

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional berkata, pihaknya hanya menunggu untuk diundang ke Istana Negara pada bila-bila masa sahaja.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengeluarkan kenyataan pihaknya sudah mengemukakan surat akuan berkanun (SD) daripada ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong.

Hamzah berkata, jumlah SD yang dihantar adalah melebihi 112 iaitu jumlah kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan lanjutan tempoh penyerahan akuan berkanun dan nama calon Perdana Menteri ke-10 sehingga jam 2 petang esok (22 November 2022).

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin susulan permohonan dibuat ketua parti-parti politik, hari ini.

Terdahulu, Istana Negara menetapkan sehingga jam 2 petang ini untuk semua ketua-ketua parti politik menyerahkan surat sokongan masing-masing bagi melantik perdana menteri.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022· Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022· Politik
Saarani yakin lama kelamaan ahli UMNO Perak akan sokong PH-DAP
November 29, 2022· Politik
Dulu bukan main menentang rasuah, kini bergabung dengan perasuah: Hadi
November 29, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
8 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
8 jam lalu · Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
8 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
8 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok