Hadi bayangkan PAS masih bersama MN

March 27, 2022 · Politik

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang membayangkan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) antara parti itu dan UMNO masih wujud, walaupun dasar dan hala tuju gabungan itu telah rosak serta berbeza daripada apa yang telah ditandatangani.

Menurutnya kerosakan dasar dan hala tuju MN disebabkan ada kalangan pemimpin tertentu yang mementingkan agenda diri sendiri dan berusaha mengubah agenda perpaduan.

Mengimbas kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 2018 lalu, beliau berkata sebahagian Ahli Parlimen (MP) parti itu menyelamatkan diri dengan menubuhkan Bersatu dan disertai oleh MP lain.

“Usaha yang dilakukan pada mulanya untuk bersama-sama menyelamatkan semua dengan membentuk gagasan yang akhirnya dinamakan Perikatan Nasional (PN). Perkara tersebut adalah bertitik tolak daripada Kongres Maruah Melayu yang dirancang sejak awal, diikuti dengan menggabungkan masyarakat majmuk daripada pelbagai agama dan parti.

“Kemudian, dibentuk gagasan Muafakat Nasional (MN) yang menggabungkan parti-parti Melayu Islam terbesar yang terdiri daripada UMNO, PAS dan Bersatu kerana meraikan UMNO yang masih ada. Sehinggakan, gabungan ini berjaya menukar kerajaan yang memerintah.

“Akan tetapi, malangnya ada kalangan mereka yang membawa agenda persendirian dengan matlamat mahu mengubah agenda perpaduan umat kepada tujuan yang tersirat. Namun, perkara itu terdedah sehingga merosakkan dasar dan hala tuju sebenar yang tersurat.

“Bagaimanapun, PAS tetap berpegang kepada apa yang tersurat dan telah ditandatangani. Perkara ini diulang beberapa kali dalam tulisan yang lalu, bahawa PAS telah mengambil pendekatan politik ta‘awun yang diputuskan oleh al-Quran hasil Muzakarah Majlis Syura Ulama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, pembentukan MN yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk ditandatangani antara PAS dan UMNO pada 14 September 2019.

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 16 hingga 19 Mac lalu, isu berhubung MN turut dibangkitkan dengan beberapa perwakilan negeri mendesak UMNO memutuskan kerjasama dengan PAS.

Malah, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman berkata UMNO Kelantan menganggap parti itu tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada tiga ‘jahanam’ yang memimpinnya.

Gelaran itu diberikan kerana tiga pemimpin iaitu Abdul Hadi; Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, ‘bermulut jahat’.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata PAS tetap tidak mengadakan sebarang kerjasama dalam perkara dosa seperti meneruskan permusuhan serta kemungkaran, termasuk rasuah, politik wang, politik mahu jawatan, salah laku dan salah urus.

“Meraikan kemungkaran semata-mata kerana menjaga hati dan kepentingan yang salah dengan meninggalkan prinsip, adalah konsep ta‘awun (kerjasama) yang salah dan berdosa.

“Justeru, PAS menolak sesiapa sahaja yang mengambil pendekatan yang terpesong daripada konsep ta‘awun yang berlandaskan petunjuk al-Quran. Sekalipun ada perbezaan dan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam sendiri, namun ada penyelesaiannya.

“PAS tetap beristiqamah atas prinsip tersebut, walaupun kehilangan kerusi. Bahkan, pernah dikeluarkan daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya.

Kenyataan Abdul Hadi itu dilihat senada dengan Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin yang dilaporkan berkata Piagam MN telah berjaya menyatukan pengikut parti itu dan UMNO pada peringkat akar umbi yang telah ‘bermusuh’ sejak sekian lama kerana perbezaan ideologi politik.

Katanya, kejayaan menyatukan orang Melayu itu seharusnya diinsafi oleh pemimpin kedua-dua parti bagi mempertahankan MN.

Justeru, PAS akan berusaha mempertahankan MN meskipun ada pihak tertentu cuba untuk meruntuhkannya, katanya semalam.

Berita berkaitan
Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat
4 jam lalu· Politik
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
4 jam lalu· Politik
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
19 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
22 jam lalu· Politik
Popular
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
June 10, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
23 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023 · Politik
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
June 9, 2023 · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023 · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
June 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok