Hadi Awang perjelas isu perbezaan akidah, ideologi setelah dikritik PH

September 21, 2022 · Politik

PAS tidak menganggap parti itu satu-satunya kumpulan Islam kerana masih terdapat perkumpulan lain dan individu yang berpegang dengan akidah yang kukuh walaupun berbeza pendekatan, kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya peringatan jika berlaku sesuatu yang membahayakan akidah bukan sahaja terletak kepada PAS, bahkan setiap umat Islam juga diwajibkan mencegah kemungkaran mengikut kemampuan masing-masing, khususnya kemungkaran aqidah.

“PAS tidak pernah menganggap mereka sahaja satu-satunya kumpulan Islam, kerana di sana terdapat kumpulan-kumpulan Islam yang lain dan individu yang tetap berpegang dengan akidah yang kukuh sekalipun berbeza pendekatan dengan PAS.

“Namun, kumpulan-kumpulan tersebut sama-sama berkewajipan memberikan peringatan sekiranya berlaku sesuatu yang membahayakan akidah,” katanya dalam kenyataan hari ini (21 September 2022).

Ahli Parlimen Marang itu turut menjelaskan perbezaan akidah dan ideologi setelah isu yang beliau bangkitkan sebelum ini berkaitan mereka yang tidak beriman dipolitikkan.

“Perkataan akidah seerti dengan perkataan iman, dan ia sama sekali tidak boleh disamakan dengan perkataan ideologi kerana akidah atau iman itu merupakan hidayah Allah SWT.

“Adapun ideologi pula ialah ciptaan manusia bersifat makhluk yang mempunyai banyak kelemahan, walaupun seseorang itu berakal dan berilmu.

“Akidah itu hanya beriman kepada Allah SWT sahaja sebagai Pencipta alam dan segala peraturan-Nya. Kepercayaan yang disimpul dengan teguh yang dinamakan iman itu tiada keraguan sedikit pun. Sekiranya ada keraguan, maka imannya tidak sah atau akidah yang disimpulkan itu terungkai,” katanya memberi penjelasan.

Abdul Hadi juga menjelaskan bahawa akidah atau iman bermaksud kepercayaan kepada Islam sebagai al-din (agama) daripada Allah SWT yang bersifat keagamaan yang sempurna, tidak seperti takrif agama yang lain.

Begitu juga katanya dalam soal politik, ekonomi dan lain-lain, wawasan akhirat mengikut perhitungan atau hisab akan dosa dan pahala, serta balasannya kelak. Islam sama sekali berbeza dengan ideologi yang berpisah daripada petunjuk agama.

“Akidah dan iman itu mempunyai sempadan yang wajib dijaga dalam semua urusan agama dan dunia, bahkan ia tidak boleh dilangkah dan dicerobohi sekali-kali. Dalam keadaan diri seseorang dan kumpulan itu dikawal oleh batas-batas iman dan kufur.

“Ideologi pula merupakan suatu teori yang menjadi sistem kepercayaan, hasil ciptaan manusia yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya, ia merujuk kepada satu set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakan politik dan sosial,” katanya.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata terdapat dalam kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem dan tidak bermusuh, maka Allah SWT mengizinkan berhubungan dengan mereka.

“Hal ini penting bagi memperkenalkan Islam secara lebih dekat, atau bersaudara dengan kelompok tersebut dari segi kemanusiaan dengan menjaga sempadan iman diri kita sendiri.

“Malangnya, terdapat kalangan mereka yang terlanjur dalam hubungannya dengan bukan Islam, bahkan bercampur aduk tanpa sempadan. Sehinggakan, mereka melanggar sempadan yang memisahkan antara iman dan kufur, suatu aspek yang wajib diketahui dan difahami oleh setiap penganut Islam,” katanya.

Minggu lalu, Abdul Hadi dilaporkan berkata ramai dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) yang tidak beriman dan tidak bermoral yang mana secara terbuka mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.

Berita berkaitan
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
PAS gesa kerajaan batal penganjuran program ratu cantik pada Disember
November 24, 2023· Politik
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023
Lagi Politik terkini
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023 · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
15 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok