Hadi Awang bertanding Marang

October 29, 2022 · Politik

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Saya boleh sahkan beliau akan pertahankan kerusi yang disandangnya.

“Saya tidak tahu pun ada desas-desus beliau (Hadi) tidak akan bertanding pada PRU-15. Hari ini baharu saya dengar,” katanya ketika ditanya mengenai ada dakwaan mengatakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tidak bertanding pada PRU-15.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli, di Kota Bharu, hari ini.

Pada PRU lalu, Abdul Hadi menang di Parlimen Marang dengan 53,749 undi menewaskan dua pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN) dan PKR.

Sementara itu, ditanya mengenai jumlah kerusi PN yang akan bertanding pada PRU-15, Takiyuddin berkata, perkara itu masih belum ada keputusan muktamad.

“Kita ada 222 kerusi Parlimen dan belum pasti lagi berapa banyak mahu bertanding. Di Sarawak terdapat 31 Parlimen dan PN tidak bertanding di negeri itu.

“Di Sabah pula ada 25 Parlimen dan kita bersama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Takiyuddin turut menafikan dakwaan mengatakan berlakunya protes di Parlimen Tumpat susulan penyandangnya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi mungkin digugurkan daripada senarai calon.

“Kehendak satu-satu kumpulan memang ada, namun apabila parti sudah buat keputusan, semua akan diterima,” katanya.

Berita berkaitan
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023
Pegawai Zahid bidas Isham Jalil buat gelabah selepas UMNO kalah PRN
August 18, 2023
Pemimpin AMANAH gesa tukar ketua pembangkang, aura Anwar hilang
August 22, 2021
Lagi Politik terkini
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
11 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok