Guna lambang PH jika mahu menang PRU, DAP sindir PKR selepas PRN Johor

March 20, 2022 · Politik

Parti komponen Pakatan Harapan (PH) perlu menggunakan satu logo sama untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi memastikan kemenangan besar gabungan itu sekali gus kembali menjadi kerajaan.

Lim Guan Eng pada ucapan dasar terakhirnya selaku Setiausaha Agung DAP berkata walaupun DAP ada kalanya berhasrat menggunakan logonya sendiri dalam pilihan raya, namun parti itu sedar ia tidak akan mampu membentuk kerajaan secara solo, menurut laporan Bernama.

“DAP akan berpegang kepada logo gabungan PH untuk membantu kita menang bersama-sama. Tidak ada satu parti dapat menang PRU, hanya PH mampu menang dan bentuk kerajaan.

“Kita harus kongsi kemenangan dengan logo yang sama,” katanya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 hari ini.

Turut hadir barisan kepimpinan parti komponen PH antaranya Presiden PKR merangkap Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Untuk rekod, isu pemilihan lambang PH bukan suatu perkara baru, malah semasa pilihan raya Sarawak, ketiga-tiga parti menggunakan bendera masing-masing dan gabungan itu hanya mampu menduduki tempat ketiga, dengan memenangi cuma dua daripada 82 kerusi.

Episod sama berulang di Johor dan menyaksikan PH juga gagal mempertahankan rekod mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, lebih memalukan PKR yang menggunakan lambang sendiri hanya mampu memenangi satu kerusi daripada 20 yang ditandingi mereka.

PKR mendakwa keputusan memilih lambang sendiri semasa PRN Johor kerana logo PH dibayangi era hampir dua tahun pentadbiran mereka sebagai kerajaan persekutuan.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata beliau akan terus memberi sokongan penuh kepada penggantinya yang ditentukan dalam pemilihan parti hari ini memandangkan beliau tidak boleh dilantik semula sebagai Setiausaha Agung parti kerana telah memegang jawatan itu untuk maksimum tiga penggal sejak pertama kali dilantik pada 2004.

Guan Eng tidak boleh dipilih semula pada pemilihan kali ini setelah pindaan perlembagaan membenarkan seseorang memegang jawatan selama maksimum tiga penggal.

Berita berkaitan
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
9 jam lalu· Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
16 jam lalu· Politik
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
16 jam lalu· Politik
Ayuh penyokong kerajaan Madani pertahankan Rafizi diserang UMNO, sindir Fadhli
17 jam lalu· Politik
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
9 jam lalu · Politik
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
11 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
14 jam lalu · Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok