Guna lambang PAS atau PN yang penting menang PRU-15: Razali

August 29, 2022 · Politik

Bersatu Terengganu tidak membantah cadangan PAS negeri untuk menggunakan lambang parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya kajian mendapati langkah itu mampu memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN).

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu Senator Datuk Razali Idris menyifatkan cadangan yang dikemukakan pada Konvensyen PN 2022 di Serdang, Sabtu lalu, juga adalah sesuatu yang positif.

Menurutnya apa yang penting, kemenangan di Terengganu pada PRU-15 nanti akan berpihak kepada PN, tidak kira sama ada menggunakan lambang PAS atau PN.

“PAS negeri mencadangkan penggunaan lambang parti itu kerana mereka ada kajian yang detail sehingga ke akar umbi.

“Antara lambang PAS dan PN, mana rakyat Terengganu nak. Pada saya, yang penting dalam PRU-15 kita menang.

“Sekiranya di Terengganu kemenangan berpihak kepada lambang PAS, saya tidak teragak-agak untuk bersetuju.

“Saya letak kemenangan PN nombor satu. Namun persetujuannya adalah keputusan di peringkat Pusat,” katanya kepada Penerangan Bersatu, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Pengarah Pilihan Raya PN Terengganu yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Alur Limbat daripada PAS, Ariffin Deraman yang mencadangkan PN di negeri itu menggunakan lambang PAS dalam PRU-15, ketika berucap di Konvensyen PN 2022, Sabtu lalu.

Ariffin dilaporkan berkata ini kerana senario politik di Pantai Timur berbeza berbanding peringkat Persekutuan.

Bagi membolehkan pimpinan PN membuat keputusan berhubung cadangan itu, beliau menyarankan satu kaji selidik dijalankan untuk menilai sama ada lambang PAS atau PN yang boleh menjamin kemenangan besar di Terengganu dalam PRU-15.

Berita berkaitan
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
1 jam lalu· Politik
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
3 jam lalu· Politik
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
3 jam lalu· Politik
UMNO Terengganu berkempen untuk calon sendiri, bukan PAS
September 28, 2022· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
26 minit lalu · Politik
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
4 jam lalu · Politik
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
4 jam lalu · Politik
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
16 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok