Guna gaji sendiri bantu rakyat selepas kerajaan sekat peruntukan, kata MP pembangkang

May 22, 2023 · Politik

Ekoran peruntukan disekat oleh kerajaan campuran, Ahli Parlimen (MP) pembangkang menggunnakan gaji sendiri untuk mengadakan program dan menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Sejak menjadi kerajaan selama enam bulan lebih, tiada peruntukan disalurkan kepada semua wakil rakyat pembangkang seperti yang diberikan oleh kerajaan terdahulu sebelum ini.

MP Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sehingga kini beliau tidak mendapat peruntukan kerajaan untuk menampung perbelanjaan dan keperluan rakyat di kawasannya.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau dan pemimpin pembangkang lain akan terus bersuara di Parlimen dan menuntut supaya kerajaan memberi peruntukan yang cukup, meskipun sedar ia kemungkinan besar tidak akan menjadi agenda utama kerajaan.

“Kami sendiri tidak jelas apa maksud tawaran yang kerajaan mahukan. Tidak patutlah jadikannya sebagai syarat barulah kerajaan bersetuju memberi agihan peruntukan yang adil kepada kami. Ia macam kerajaan tidak mahu beri kami langsung.

“Gaji ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sudah tentu jauh berbeza. Sebab itu saya sendiri buat sekadar yang termampu sahaja, selain menerima sumbangan rakan-rakan yang lain untuk keperluan rakyat kawasan saya,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

MP Ketereh, Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd. Nor berkata, keadaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jauh berbeza berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini.

“Sekarang kami yang susah, terpaksa guna duit sendiri membantu rakyat, pergi melawat kawasan. Apa sahaja program pun guna duit sendiri. Selepas pembangkang berjumpa kerajaan sebelum ini, kerajaan tidak mahu beri peruntukan.

“DAP pula, kalau mahu bantu orang Cina dapat peruntukan. Senang-senang beri duit di sekolah Cina yang tidak berdaftar. Sebenarnya ini kerajaan paling teruk yang pernah saya saksikan,” katanya.

Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu menyokong pemberian peruntukan yang sama rata kepada semua MP termasuk pembangkang dan perlu dirunding.

Bagaimanapun, 8 Mei lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembangkang masih perlu mengemukakan cadangan atau tawaran rasmi daripada pembangkang ketika kerajaan tidak menetapkan syarat agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN.

Ahli Majlis Tertinggi PN juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Man Tuan Ibrahim berkata, mereka tidak akan mengemukakan cadangan berkaitan peruntukan itu kerana pembangkang bukan penagih sehingga perlu merayu seperti peminta sedekah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob pula berkata, kerajaan bersikap tidak adil kerana menjadi hak Ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik untuk mendapat peruntukan sama rata.

“Peruntukan ini kalau mengikut janji dan amalan sebelum ini memang kami harus terima, cuma kerajaan dapat lebih lagi. Sekurang-kurangnya kami dapat pejabat sendiri. Sebaliknya, kami langsung tidak terima. Kami terpaksa guna duit gaji sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
34 minit lalu· Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
46 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
1 jam lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
1 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
2 jam lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
12 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
14 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok