Guan Eng yang ada kes mahkamah kata Sanusi merbahaya

May 31, 2023 · Politik

Bekas menteri DAP, Lim Guan Eng terus-menerus melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah.

Ahli Parlimen Bagan itu turut menyifatkan Muhammad Sanusi sebagai pemimpin yang berbahaya kepada negara.

“Kenyataan Sanusi bukan sahaja telah mengguriskan hati dan menghina rakyat Pulau Pinang, malah beliau juga mencabar kedaulatan Pulau Pinang, menggugat perpaduan negara, malah tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Demi pilihanraya negeri, dia sanggup menghasut sentimen orang ramai. Beliau bukan sosok yang cintakan keamanan dan keharmonian dalam negara ini dan merupakan pemmimpin yang sangat berbahaya kepada negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Kelmarin, Muhammad Sanusi dilaporkan telah mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan negerinya itu hanyaa mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Dalam hantaran pada hari ini pula, Guan Eng menyifatkan tindakan Ketua Pengarah Pilihan Raya itu hanya untuk memanfaatkan dakwaan palsu tersebut demi mendapatkan pengaruh politik tambahan dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Ini bukan kali pertama Muhammad Sanusi membuat tuntutan yang keterlaluan dan palsu terhadap Pulau Pinang.

“Mendapatkan pengaruh politik sebegini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan melulu apabila dakwaan yang tidak berasas dan tidak wujud itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan nampaknya cuba menimbulkan permusuhan awam dalam kalangan rakyat Kedah dan Pulau Pinang.

“Walaupun semua fakta dan undang-undang telah menggariskan bahawa Muhammad Sanusi adalah salah, beliau enggan menarik balik dan bertaubat atas kesalahannya,” katanya.

Tegasnya Muhammad Sanusi mampu mengancam keamanan dan keselamatan negara dengan memprovokasi dan mempersoalkan kedaulatan dan hak Pulau Pinang untuk wujud sebagai sebuah negeri.

Susulan itu, bekas menteri kewangan iu juga menggesa 1.8 juta rakyat Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Muhammad Sanusi.

Berita berkaitan
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Isham dakwa kena desak letak jawatan dengan pemimpin UMNO yang pro-DAP
September 12, 2023· Politik
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
23 jam lalu · Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
23 jam lalu · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok